fbpx

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan kepada Jabatan Perhilitan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) yang hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia merupakan antara haiwan yang semakin diancam kepupusan susulan aktiviti penerokaan hutan yang berlaku.

Haiwan terbabit yang juga dikenali sebagai harimau belang merupakan subspesies harimau yang kini populasinya dianggarkan hanya tinggal sekitar 200 ekor sahaja.

Pasti sedih sekiranya ia terus berkurang hari demi hari sehingga akhirnya boleh menyebabkan kepupusan sepenuhnya di negara ini.

Tular harimau belang maut dirempuh kereta di lebuhraya

Baru-baru ini, tular di media sosial seekor harimau belang mati selepas dirempuh kereta semasa haiwan itu melintas di sebuah lebuh raya berhampiran Lentang, Bentong, Pahang.

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang.

Tular video harimau belang mati terbaring, siap ada rakaman dashcam ketika dilanggar

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X @WhyBeLiberal, kelihatan harimau terbabit dalam keadaan terbaring di tengah lebuh raya dengan kesan darah di bahagian kepalanya.

Dalam hantaran video yang dimuat naik di akaun X @MALAYSIAVIRALLL pula, terdapat rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan saat harimau belang itu dilanggar.

Sementara itu, memetik Harian Metro, Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 4 pagi tadi.

Harimau belang yang maut dianggarkan berusia lebih lima tahun

Menurutnya, harimau belang dewasa itu dianggar berusia lebih lima tahun berdasarkan saiz tubuh haiwan berkenaan.

“Pihak Perhilitan berada di lokasi untuk menjalankan siasatan terhadap punca insiden dan jantina. Bangkai harimau belang itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan masih terdapat harimau belang mendiami hutan simpan berhampiran lokasi kejadian. Insiden ini amat mendukakan berikutan bilangan harimau belang di negara ini yang semakin berkurangan,” katanya.

Netizen pakat sedih, khazanah negara semakin berkurang

Ruangan komen di laman X pula menunjukkan rata-rata pengguna media sosial berasa sedih dengan kehilangan salah satu khazanah negara itu yang diancam kepupusan.

Malah mereka turut mendakwa bahawa haiwan berkenaan melintas lebuhraya terbabit kerana terpaksa selepas kawasan hutan yang didiaminya telah diterokai untuk pembagunan.

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Harimau Malaya Berisiko Pupus Tidak Lama Lagi?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.