fbpx
Now Reading
Ramai Teruja Lihat Wanita Berbangsa India Nyanyi Lagu Dangdut Amelina [Video]

Ramai Teruja Lihat Wanita Berbangsa India Nyanyi Lagu Dangdut Amelina [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah kebolehan penyanyi wanita yang berbangsa India itu mendendangkan lagu dangdut sambil bergelek dengan mengenakan sari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan lagu yang dihasilkan di Malaysia mempunyai iramanya yang tersendiri. Antara yang popular dan sering mendapat tempat di hati peminat adalah lagu berkonsepkan balada, pop dan rock.

Irama dangdut juga pernah popular di Malaysia pada sekitar tahun 90-an dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Antara penyanyi dangdut yang terkenal pada ketika itu adalah Amelina dan Iwan.

Sebut sahaja tentang penyanyi dangdut Amelina, pasti anda terbayang lagu popularnya seperti Asyik, Didadaku Ada Kamu, Memori Daun Pisang dan Rindu.

Sehingga kini, lagu dendangan penyanyi dangdut itu dilihat masih mempunyai peminatnya yang tersendiri sehinggakan ada yang menjadikan lagu daripada penyanyi ini sebagai lagu wajib ketika berkaraoke.

Namun, tidak semua orang pandai dan sesuai mendendangkan lagu dangdut kerana iramanya yang mempunyai lenggok tertentu.

Wanita Berbangsa India Nyanyi Lagu Amelina

Berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila lagu Amelina bertajuk Rindu dinyanyikan olehnya dengan sempurna sehingga mendapat pujian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @pravinajohnson, kelihatan seorang wanita berbangsa India sedang membuat persembahan di JP Veenus Musical Bistro yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi perhatian adalah kebolehan penyanyi wanita yang dikenali sebagai Nisha itu mendendangkan lagu dangdut sambil bergelek dan memakai sari ketika membuat persembahan.

Malah melalui video yang lain, kelihatan Nisha turut berduet dengan seorang lelaki yang juga berbangsa India menyanyikan lagu dangdut berjudul Yang Tersayang.

Warganet Puji & Kagum Dengar Nyanyian Wanita

Video yang telah mendapat lebih 230 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata warganet terhibur dan memuji kebolehan Nisha yang boleh menyanyikan lagu dangdut dengan baik dan lancar.

Malah, ada di antara mereka yang terkejut dan tidak menyangka dengan memakai sari, wanita itu mampu bergelek dan mendendangkan lagu itu dengan baik kerana tidak semua penyanyi mampu berbuat sedemikian.

Berikut antara komen warganet:

“Brickfields Dekat Mana? Saya Nak Turun Tengok, Sedap Gila Suara”

“Ini Bukan Amelina, Ni Ameletchumi”

“Ingat Senang Nak Nyanyi Lenggok Dangdut? Hanya Orang Tertentu Je Boleh”

“Ini Baru Rakyat Malaysia”

“First Time Tengok Orang Pakai Sari Berdangdut”

“First Time Aku Dengar Orang India Nyanyi Lagu Dangdut. Suara Pun Sedap”

“Kalau Tak Tengok Video Ingat Amelina, Ini Baru Betul Bangsa Malaysia”

Baca Artikel Berkaitan: Uncle Nyanyi Lagu Awie & Iklim Di Majlis Perkahwinan, Buat Ramai Kagum [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ni Ah Wee” – Tular Lelaki Cina ‘Enjoy’ Nyanyi Lagu Awie Undang Perhatian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.