fbpx

Lelaki Kerja Kapal Kecewa, Isteri Bertunang Dengan Orang Lain Malah Disokong Keluarga [Video]

Menurut lelaki berkenaan, keluarga isteri mengatakan dia tidak layak untuk berada dalam keluarga ekoran status kelahirannya sebagai anak tak sah taraf.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya mengimpikan hubungan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.

Walau apa jua ujian yang mendatang mereka sentiasa berharap agar mereka masih dapat mempertahankan ‘masjid’ yang dibina.

Malah ada juga segelintir daripadanya yang sanggup berjauhan untuk mencari rezeki bagi memastikan keluarga dapat hidup dalam keadaan selesa dan bahagia.

Lelaki luah kecewa isteri bertunang dengan lelaki lain

Namun berbeza dengan seorang lelaki ini apabila perkahwinannya diuji sehingga membuatkan rumah tangga yang dibina goyah.

Menerusi satu video tangkap layar yang dikongsikan seorang peguam syarie di akaun TikTok @hairimustafaassociates, seorang lelaki telah tampil untuk meminta pendapat berhubung masalah rumah tangga yang dihadapinya.

Menurut peguam syarie di Baling, Kedah itu, lelaki berkenaan memberitahu dia baru mengetahui bahawa wanita yang masih lagi isterinya telah bertunang dengan lelaki lain.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan peguam berkenaan musykil dan cuba bertanya lagi apakah punca sehingga isteri lelaki berkenaan boleh bertunang dengan lelaki lain.

“Saya ni kerja kapal, balik enam bulan sekali. Saya pun tak tahu nak kata macam mana, kita penat-penat cari duit untuk dia. Macam ni dia balas dekat kita.

“Dia sebenarnya boleh ke seorang isteri bertunang dengan lelaki lain?” soal lelaki berkenaan kepada peguam itu.

Peguam itu menjawab ringkas bahawa hukumnya adalah tidak boleh dan haram. Malah Hairi turut bertanya adakah tunang kepada isteri lelaki berkenaan tahu akan status wanita berkenaan.

Tahu wanita berstatus isteri orang, siap suruh ceraikan

Lelaki itu menjawab, tunang isterinya itu tahu bahawa mereka masih lagi suami isteri. Bahkan turut meminta lelaki terbabit menceraikan wanita berkenaan.

Kata lelaki itu dia sudah berkahwin dengan isteri selama 12 tahun dan hasil perkahwinan itu mereka memiliki tiga orang cahaya mata.

Jelasnya ahli keluarga mentua turut mengetahui tentang perkara itu dan menyokong tindakan isteri bertunang dengan lelaki berkenaan.

Berpunca status si suami sebagai anak tak sah taraf, keluarga anggap tak layak

Apabila ditanya apakah sebab keluarga isteri berbuat sedemikian, lelaki itu menjawab kerana dia mempunyai status anak tak sah taraf.

“Saya ada juga tanya isteri saya, tanya keluarga dia. Mereka cuma kata saya tak layak masuk dalam keluarga mereka sebab saya anak tak sah taraf.

“Mereka tak mahu keturunan dari anak tak sah taraf.”

Sudah banyak kali bincang, isteri tak mengaku dah bertunang ketika sesi kaunseling

Disoal adakah pernah berbincang tentang isu tersebut, lelaki itu menjawab ia telah didiskusi banyak kali. Bukan hanya itu, mereka juga pernah mendapatkan khidmat kaunseling di pejabat agama sebanyak dua kali. Namun masih tidak mencapai kata sepakat.

“Dan isteri saya tak mengaku masa kaunseling hari tu yang dia dah bertunang dengan lelaki lain,” katanya.

Ujian yang melanda perkahwinannya ini secara tidak langsung membuatkan lelaki tersebut buntu dan tidak tahu apa yang patut dilakukannya.

Ramai tak setuju tindakan wanita tunang lelaki lain

Melihat di ruangan komen, ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan isteri lelaki berkenaan.

Malah ada yang mengatakan ia bukan kehendaknya untuk dilahirkan sebagai anak tidak sah taraf dan si isteri tidak sepatutnya melakukan tindakan bertunang dengan lelaki lain.

“Selepas 12 tahun nikah dan dapat anak tiga baru keluarga mentua tak boleh terima.. hmm”

“Anak tak sah taraf dipandang hina, tapi anak sendiri status isteri orang diberi keizinan bertunang pula”

Haram hukumnya pinang isteri atau tunangan orang

Untuk makluman di dalam Islam adalah haram hukumnya seorang lelaki meminang, mengorat mahupun menyukai seorang wanita yang bergelar isteri mahupun tunangan orang.

Malah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus ada memaklumkan dalam ceramahnya Nabi SAW ada berkata haram hukumnya pinang tunangan orang.

“Nabi SAW kata haram pinang tunang orang. Tunang orang bukan isteri orang, haram dan dosa besar.

“Ini bini orang, apa hukumnya? Kalau berkomunikasi itu lain. Mengorat ini lain, menganggu isteri orang. Kalau bukan isteri orang seperti anak dara boleh ke kita mengorat?

“Mengorat ini bermaksud untuk mengajak berkahwin atau mengoda dia, hukumnya haram. Kerana apa?

“Kita suka tak isteri kita orang goda? Maka menyebabkan perkara seperti ini apa yang orang beriman tak suka, haram untuk kita lakukan,” ujarnya dalam satu video.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.