“Dah Macam Offroad” – Reaksi Wanita Ketika Waze Bawa Kereta Redah Laluan Tanah Merah Jadi Perhatian [Video]

Kecanggihan teknologi pada masa kini harus diakui sememangnya memudahkan kehidupan seharian.

Jika dibandingkan dengan berpuluh tahun dahulu, kebanyakan manusia menggunakan peta atau papan tanda sebagai petunjuk arah bagi menuju ke sesuatu tempat.

Berbeza dengan masa kini, aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps menjadi pilihan ramai.

Selain daripada menjadi petunjuk, ia juga membantu pengguna mencari jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Namun sejauh mana kehebatan teknologi yang digunakan pada aplikasi ini, ia tetap ada kelemahannya sebagai contoh sering menunjukkan jalan alternatif yang ‘pelik’ dan menakutkan kepada setengah pengguna.

Kereta Lalu Jalan Bertanah Merah & Tidak Bertar Selepas Laluan Aplikasi Waze

Begitulah yang dihadapi oleh seorang wanita dan rakannya apabila kereta Perodua Myvi dipandu mereka melalui jalan yang tidak bertar selepas dicadangkan oleh aplikasi Waze.

Menerusi video yang dikongsikan diakaun @kunyahan_, kelihatan dia dan rakannya panik namun kekal tenang dan mereka turut dilihat ketawa ketika kereta yang dinaiki melalui jalan tanah merah tersebut.

“Wei takut, ini jalan apa ni?” soal wanita itu sambil ketawa kepada rakannya.

Apa yang menjadi perhatian adalah kereta milik wanita itu tersangkut dek kerana tayar kenderaannya tersekat pada laluan berkenaan yang tidak bertar dan penuh dengan lopak air.

Difahamkan, dia dan rakannya saling bekerjasama dan berusaha mengeluarkan kenderaan tersebut dari tanah berkenaan dengan cara menolak kenderaan itu.

Namun, wanita dan rakannya dilihat tetap menggunakan jalan yang sama menuju ke destinasi yang dituju walaupun terpaksa melalui beberapa lopak air.

Di akhir video berkenaan, dia dan rakannya tetap tiba ke destinasi yang dituju setelah melalui jalan tersebut.

Hantaran Raih Perhatian Warganet

Video yang telah mendapat 1.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata simpati dengan apa yang dihadapi oleh wanita dan rakannya itu.

Namun, kebanyakannya terhibur dengan gelagat mereka yang kekal tenang dan dilihat tidak panik ketika menghadapi situasi sedemikian.

Ada juga warganet yang turut berkongsikan pengalaman yang sama dibawa ke laluan pelik oleh aplikasi navigasi tersebut.

Malah, ada juga berkongsikan tips menggunakan aplikasi itu serta cara untuk mengeluarkan kereta sekiranya kenderaan itu tersangkut seperti di laluan berkenaan.

Tips Jika Kereta Tersangkut Pada Lumpur

Sekiranya tayar kereta anda tersangkut pada lumpur atau selut, mungkin anda boleh ikuti tipsyang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini.

TAK SUSAH KELUARKAN TAYAR DARI SELUT

TAK SUSAH KELUARKAN TAYAR DARI SELUT Tayar tersangkut di dalam selut atau lumpur pastinya menjadi pengalaman buruk bagi setiap individu. Selepas ini anda tidak lagi perlu risau kerana pengguna Twitter bernama Takahara ada caranya. Menerusi video dikongsi lelaki itu, hanya mengikat kayu pada tayar, seteruskan menekan minyak, kereta dapat bergerak, walaupun perlahan. Tidak dapat dipastikan lokasi rakaman, namun video tersebut mendapat hampir 6 juta tontonan. #onenews #PKPP

Posted by OneNews on Thursday 23 July 2020

Berikut antara komen warganet:

“Dia Boleh Gelak Dulu, Kalau Kita Dah Gelabah Dah”

“Offkan Unpaved Road Dekat Waze Setting”

“Kena Luruskan Tayar Kalau Sangkut, Pakai Low Gear”

“Kak, Ko Bawak Myvi Bukan Hilux”

“Aku Dulu Waze Bawa Pergi Jalan Kubur Cina, Dahla Malam”

“Saya Pernah Kena, Waze Bawa Saya Lalu Jalan Tanah Merah Lepas Tu Ada Kawasan Tanah Perkuburan Islam”

“Perodua Boleh Bayar Akak Ni Sebab Review Myvi Off Road”

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Penuh Tapak Tangan Misteri, Lelaki Sesat Di Hutan Hingga Lewat Malam Gara-gara Waze

Baca Artikel Berkaitan: Siap Jumpa Kubur, Lelaki Sesat 11 Jam Tak Jumpa Jalan Pulang Kerana ‘Ditipu’ Waze [Video]

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago