fbpx
Now Reading
Reaksi Comel Ibu Malu-malu Ketika Dinyanyikan Lagu Hari Jadi Raih Perhatian [Video]

Reaksi Comel Ibu Malu-malu Ketika Dinyanyikan Lagu Hari Jadi Raih Perhatian [Video]

Menerusi video kelihatan si ibu tidak mahu anak-anak menyanyikan lagu hari jadi mungkin bimbang akan menjadi perhatian di restoran berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba sahaja hari lahir insan tersayang pasti kita ingin melakukan sesuatu yang istimewa untuk menyambutnya bersama keluarga atau rakan-rakan rapat.

Malah sambutan hari jadi juga adalah salah satu cara untuk menghargai seseorang atas setiap perkara yang dilakukan contohnya ibu bapa, keluarga mahupun rakan-rakan.

Oleh itu, ada yang merancang untuk membuat kejutan, memberikan hadiah dan ada juga memilih untuk membuat sambutan seperti makan-makan bersama insan tersayang.

Ibu malu ketika anak usik nyanyi lagu hari jadi kuat-kuat di restoran

Perkara sama turut dilakukan oleh sebuah keluarga ini apabila mereka telah berkunjung ke sebuah restoran untuk meraikan hari jadi ibu tercinta.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @aaanarosli di TikTok, kelihatan si ibu yang memakai baju dan tudung coklat mengangkat sebuah pinggan tertulis ‘Happy Birthday Mak! We Love you’

Dalam pinggan itu turut telihat satu kek kecil berwarna hijau yang dipercayai perisa pandan gula melaka.

Ketika dia sedang memusingkan pinggan tersebut untuk menunjukkan tulisan pada pinggan berkenaan, salah seorang anaknya meminta untuk menyanyikan lagu hari jadi.

“Tak yah nyanyi”- Ibu

Namun ibu dengan pantas mengatakan tidak perlu mungkin kerana dia malu akan menjadi perhatian orang ramai di restoran berkenaan.

“Tak ada nyanyi, tak yah macam tu jangan buat perangai, sudah senyum je,” katanya sambil tersenyum untuk bersedia mengambil gambar.

Namun anak-anak tetap mengusik ibunya apabila menyanyikan lagu hari jadi yang bermula dengan kuat namun dipelahankan apabila wanita itu berkata jangan.

Sengaja nyanyi kuat sebelum semua orang dalam restoran berikan tepukan rai hari jadi

Walau bagaimanapun, sebelum mengakhiri nyanyian tersebut seorang anak lelakinya menyanyi dengan kuat sehingga menyebabkan semua orang di restoran berkenaan menepuk tangan.

Perkara itu, secara tidak langsung membuatkan si ibu tergelak serta tersipu malu dalam pada masa yang sama.

Ramai terhibur lihat gelagat wanita tersipu malu

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat mereka sekeluarga semasa meraikan hari jadi wanita berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan mereka agar diberikan kesihatan yang baik.

“Acik, saya ulang banyak kali tau.. saya suka tengok acik marah tak yah nyanyi”

“Sumpah comel”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.