fbpx
Now Reading
“Sedih Yang Tak Terlukis” – Lelaki Kecewa Lihat Ruang Pameran Pesta Buku Penuh Sampah

“Sedih Yang Tak Terlukis” – Lelaki Kecewa Lihat Ruang Pameran Pesta Buku Penuh Sampah

Menerusi hantaran sama, Dzulkhairi turut menunjukkan masih ada pempamer yang mengemas sendiri booth pameran mereka tanpa mengharapkan pekerja pembersihan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) telahpun melabuhkan tirainya pada Ahad (2 Jun) yang lalu. Program yang telah bermula pada 24 Mei yang lalu berjaya menarik 1.8 juta pengunjung sepanjang tempoh dua minggu diadakan.

Selain daripada pameran dan jualan buku oleh penerbit, terdapat juga pelbagai aktiviti lain antaranya forum dan sesi bertemu penulis buat pengunjung yang hadir.

Sampah Bertaburan Di Beberapa Ruang Pameran

Namun, program itu dilihat tidak berakhir dengan begitu baik apabila terdapat longgokan sampah yang bertaburan memenuhi beberapa ruang pameran.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Facebook di Dzulkhairi Khairi, kelihatan satu video yang menunjukkan beberapa ruang pameran di pesta buku berkenaan ditaburi dengan sampah.

Sedih dengan apa yang dilihatnya, Dzulkhairi mendakwa itu merupakan kali kedua yang dilihatnya selepas keadaan sama turut berlaku di Pesta Buku Antarabangsa Selangor pada penghujung tahun lalu.

“Sedih tidak terlukis.

“Setelah berakhirnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, fenomena yang sama saya saksikan dalam Pesta Buku Antarabangsa Selangor berulang. Fenomena yang melukis separit kekecewaan dalam diri.

“Mereka datang membawa buku untuk dijual, dan mereka pergi meninggalkan sampah sarap,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Facebook.

Namun menerusi hantaran yang sama, Dzulkhairi turut menunjukkan masih ada pempamer yang mengemas sendiri booth pameran mereka tanpa mengharapkan pekerja pembersihan.

Sedih tidak terlukis. Setelah berakhirnya pesta buku antarabangsa KL, fenomena yang sama saya saksikan dalam Pesta Buku…

Posted by Dzulkhairi Khairi on Monday 3 June 2024

Hantaran Raih Perhatian Warganet

Hantaran Dzulkhairi itu nyata mengundang perhatian warganet. Rata-rata sedih melihat keadaan tersebut dan kesal dengan sikap segelintir individu tidak bertanggungjawab membiarkan sampah tersebut bertebaran.

Ada yang berpendapat golongan ini terlalu mengharapkan pekerja pembersihan dan enggan mengambil inisiatif untuk mengemas booth pameran sendiri.

Bagi mereka, tiada salahnya jika pihak pempamer mengemas sendiri booth mereka walaupun terdapat orang yang diupah untuk melakukan kerja pembersihan.

Namun, ada segelintir warganet yang berpendapat tiada salahnya jika pempamer bertindak sedemikian kerana bagi mereka bayaran pembersihan telah dibuat untuk program berkenaan.

Ada juga yang berpendapat Dzulkhairi seharusnya tidak membuat hantaran sedemikian kerana ia dilihat seolah-olah membuka aib setengah pihak.

Berikut antara komen warganet:

“Sebab Apa Jadi Begini? Mereka Fikir Ada Orang Akan Kemaskan Untuk Mereka”

“Memang Patutla Tinggal Sampah Disitu Sebab Perkhidmatan Kebersihan Telah Dibayar”

“Biarlah Ia Diselesaikan Secara Tertutup, Jangan Londehkan Aib Mereka Dikhalayak Umum”

“Pihak Penganjur Kena Letakkan Peraturan & Arahan”

“Bukan Sahaja Pesta Buku, Mana-Mana Tempat Keramaian Pun Lebih Kurang Juga”

“Kebiasaan Yang Berlaku Selepas Apa Sahaja Acara”

“Jauh Lagi Kita Nak Capai Macam Jepun, Padahal Ini Pesta Buku, Bukan Funfair Ke, Festival Makanan Ke”

Baca Artikel Berkaitan: Lebuh Raya Di Merapoh Menuju Gua Musang Kelantan ‘Dibanjiri’ Sampah Orang Berbuka Puasa? [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Memalukan Imej Negara” – Peniaga Tanpa Lesen Jual Jagung Bakar Depan KLCC Buat Netizen Berang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.