“Terima Kasih Jadi Ibu Bapa Hebat” – Reaksi Anak Lepas Ibu Bapa Beli Kereta Baru Buat Ramai Sebak [Video]

Setiap ibu bapa di dunia ini meletakkan anak sebagai perkara utama dalam kehidupan. Oleh sebab itu, kebanyakan ibu bapa sanggup bekerja keras dalam menyedia dan memberikan yang terbaik buat cahaya mata tersayang.

Ada ibu bapa yang sanggup bekerja lebih masa atau lebih dari dua kerja bagi membahagiakan anak mereka. Ini kerana kegembiraan anak merupakan kebahagiaan buat ibu bapa.

Anak Melompat Kegirangan Selepas Tahu Ibu Bapa Beli Kereta Baru

Apabila menyebut tentang kegembiraan anak-anak, baru-baru ini tular satu video memperlihatkan sepasang suami isteri membuat kejutan buat si anak dengan membeli kereta baru untuk kegunaan keluarga.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang jurujual kereta Proton di akaun TikTok @zolproton, pemuda berkenaan berkongsi momen di saat suami isteri memberi kejutan kepada kedua-dua anaknya.

Pada awal video berkenaan, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang lagi kanak-kanak perempuan ditutup mata dan dibawa oleh ibu bapa mereka ke kedai jualan kereta proton yang terletak di Ipoh, Perak itu.

Ibu kanak-kanak itu kemudiannya meletakkan kunci di tapak tangan kedua-dua anaknya itu sebelum mata mereka dibuka.

Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi kanak-kanak berkenaan yang terkejut seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh ibu mereka.

Kedua-duanya turut dilihat melompat kegirangan selepas diberitahu kunci itu merupakan kunci baharu kereta mereka.

Malah, nombor pendaftaran kereta jenis Proton Saga itu turut menarik perhatian apabila didaftarkan dengan huruf ‘ANK’ seolah-olah membawa maksud anak.

Menurut Zol ketika dihubungi Buzzkini, kereta Proton Saga itu merupakan kereta pertama yang dibeli oleh lelaki berkenaan untuk keluarga kecilnya itu.

@zolproton 30 May 2024, Kisah Customer Yang Berjaya Jatuhkan Air Mata Jantan Aku. Biarlah Video Ini bercerita erti tersirat disebalik senyuman tawa mereka. Besar Pengorbanan Mu Ibu Ayah Yang Hebat. 🥹 Maaf tidak boleh untuk menceritakan kisah ini secara tersurat, biarlah ia berbicara sendirinya terus ke hati kita. Kisah ini akan buatkan kita lebih menghargai Ibu Ayah kita yang masih Ada. #zolproton #fyppppppppppppppppppppppp #protoncars #protonmalaysia #perak #protonsaga #tiktokviral #ipoh #kisahnyata #kisahviral #sepahtureunion #tiktoktrending #cintamati ♬ Sumpah Cinta Matiku Cover Nashrin – Nashrin

Video Undang Perhatian Warganet

Perkongsian video oleh Zol nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih ketika melihat reaksi kanak-kanak itu yang kelihatan sangat gembira dengan kejutan kereta pertama oleh ibu bapa mereka.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman dan perasaan sama ketika melihat respon kanak-kanak itu.

Bagi mereka, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata disaat ibu bapa membeli kereta pertama buat kemudahan keluarga.

Ada juga warganet yang turut memuji tindakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang dilihat berusaha menggembirakan anaknya dengan memberi kejutan sedemikian.

Berikut merupakan komen warganet:

“Mesti Kereta Pertama Buat Keluarga Ni, Sebaknya”

“Mahal Kenangan Ni”

“Bila Kita Jadi Orang Biasa, Kita Rasa Benda Itulah Paling Bermakna”

“Aku Pula Yang Seronok Bang, Bila Tengok Anak-Anak Happy Dapat Surprise Dari Emak Ayah”

“Nilai Yang Cukup Besar Untuk Keluarga Ini, Hebat”

“Walaupun Kereta Biasa, Tapi Bagi Anak-Anak, Dapat Kereta Baru Dah Kira Seronok Untuk Diorang”

Baca Artikel Berkaitan: Kancil Selalu Rosak & Berhenti Tengah Jalan, Anak Buat Kejutan Beli Kereta Baharu Untuk Ibu Bapa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Anak Buat Kejutan Bagi Hadiah Kereta Pada Ibu Bapa Buat Ramai Mengalirkan Air Mata [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Mengalir Air Mata Lepas 17 Orang Anak Buat Kejutan Hadiah Kereta Idaman [Video]

Setiap ibu bapa di dunia ini meletakkan anak sebagai perkara utama dalam kehidupan. Oleh sebab itu, kebanyakan ibu bapa sanggup bekerja keras dalam menyedia dan memberikan yang terbaik buat cahaya mata tersayang.

Ada ibu bapa yang sanggup bekerja lebih masa atau lebih dari dua kerja bagi membahagiakan anak mereka. Ini kerana kegembiraan anak merupakan kebahagiaan buat ibu bapa.

Anak Melompat Kegirangan Selepas Tahu Ibu Bapa Beli Kereta Baru

Apabila menyebut tentang kegembiraan anak-anak, baru-baru ini tular satu video memperlihatkan sepasang suami isteri membuat kejutan buat si anak dengan membeli kereta baru untuk kegunaan keluarga.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang jurujual kereta Proton di akaun TikTok @zolproton, pemuda berkenaan berkongsi momen di saat suami isteri memberi kejutan kepada kedua-dua anaknya.

Pada awal video berkenaan, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang lagi kanak-kanak perempuan ditutup mata dan dibawa oleh ibu bapa mereka ke kedai jualan kereta proton yang terletak di Ipoh, Perak itu.

Ibu kanak-kanak itu kemudiannya meletakkan kunci di tapak tangan kedua-dua anaknya itu sebelum mata mereka dibuka.

Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi kanak-kanak berkenaan yang terkejut seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh ibu mereka.

Kedua-duanya turut dilihat melompat kegirangan selepas diberitahu kunci itu merupakan kunci baharu kereta mereka.

Malah, nombor pendaftaran kereta jenis Proton Saga itu turut menarik perhatian apabila didaftarkan dengan huruf ‘ANK’ seolah-olah membawa maksud anak.

Menurut Zol ketika dihubungi Buzzkini, kereta Proton Saga itu merupakan kereta pertama yang dibeli oleh lelaki berkenaan untuk keluarga kecilnya itu.

Video Undang Perhatian Warganet

Perkongsian video oleh Zol nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih ketika melihat reaksi kanak-kanak itu yang kelihatan sangat gembira dengan kejutan kereta pertama oleh ibu bapa mereka.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman dan perasaan sama ketika melihat respon kanak-kanak itu.

Bagi mereka, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata disaat ibu bapa membeli kereta pertama buat kemudahan keluarga.

Ada juga warganet yang turut memuji tindakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang dilihat berusaha menggembirakan anaknya dengan memberi kejutan sedemikian.

Berikut merupakan komen warganet:

“Mesti Kereta Pertama Buat Keluarga Ni, Sebaknya”

“Mahal Kenangan Ni”

“Bila Kita Jadi Orang Biasa, Kita Rasa Benda Itulah Paling Bermakna”

“Aku Pula Yang Seronok Bang, Bila Tengok Anak-Anak Happy Dapat Surprise Dari Emak Ayah”

“Nilai Yang Cukup Besar Untuk Keluarga Ini, Hebat”

“Walaupun Kereta Biasa, Tapi Bagi Anak-Anak, Dapat Kereta Baru Dah Kira Seronok Untuk Diorang”

Baca Artikel Berkaitan: Kancil Selalu Rosak & Berhenti Tengah Jalan, Anak Buat Kejutan Beli Kereta Baharu Untuk Ibu Bapa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Anak Buat Kejutan Bagi Hadiah Kereta Pada Ibu Bapa Buat Ramai Mengalirkan Air Mata [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Mengalir Air Mata Lepas 17 Orang Anak Buat Kejutan Hadiah Kereta Idaman [Video]

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

5 hours ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

1 day ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

1 day ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

1 day ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

1 day ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

1 day ago