fbpx
Now Reading
Bantu Wanita Alami Kereta Rosak Semasa Bawa Anak Kecil, Anggota Polis Raih Pujian Ramai [Video]

Bantu Wanita Alami Kereta Rosak Semasa Bawa Anak Kecil, Anggota Polis Raih Pujian Ramai [Video]

Menerusi video kelihatan anggota polis turut membantu mengalihkan kenderaan ke bahu jalan selepas ia tidak dapat berjalan disebabkan suhu kereta yang meningkat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis merupakan pasukan beruniform yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara dan juga masyarakat.

Oleh itu, setiap kali berdepan dengan masalah khususnya jenayah, polis akan bertindak untuk menyelesaikannya selain ingin melindungi masyarakat daripada perkara yang tidak diingini.

Walau bagaimanapun, tugas polis bukan sekadar menangkap penjenayah sebaliknya mereka juga sentiasa ingin memastikan masyarakat berada dalam keadaan selamat dan akan cuba membantu dalam apa jua keadaan.

Anggota polis bantu wanita alami kereta rosak di tengah jalan

Baru-baru ini, seorang anggota polis telah berkongsi satu video di TikTok memaparkan kejadian kereta rosak yang dialami seorang wanita semasa dalam perjalanan menghantar anak ke tadika.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @TenggoKiloDCC, awalnya kelihatan anggota polis berkenaan turun daripada kereta peronda dan pergi ke arah sebuah kereta berwarna hitam yang berhenti di tengah jalan.

Suhu enjin meningkat ke paras tak normal

Sampai sahaja di kereta tersebut, anggota polis itu bertanya masalah yang dialami dan wanita itu memaklumkan suhu enjin kenderaannya itu tiba-tiba meningkat ke paras tidak normal.

Wanita yang dilihat membawa anak kecil itu memaklumkan suhu yang terlalu tinggi membuatkan dia memberhentikan kereta kerana bimbang jika berlaku perkara yang tak diingini.

Namun selepas suhu kereta menurun, wanita itu menghidupkan semula enjin kereta dan ingin pulang ke rumah serta membatalkan niat untuk menghantar anak ke sekolah tadika.

Kereta terpaksa ditolak ke bahu jalan, polis tawar hantar pulang ke rumah

Walau bagaimanapun kereta tersebut tidak boleh berjalan, lalu anggota polis itu memintanya untuk menukarkan gear ke posisi ‘N’ untuk ditolak ke tepi jalan agar tidak menghalang laluan jalan raya.

Selepas menolak kereta ke bahu jalan, anggota polis kemudiannya memaklumkan ingin menghantar wanita berkenaan dan anaknya pulang ke rumah sementara menunggu pihak insurans demi memastikan mereka berada dalam keadaaan selamat.

Mereka kemudian meninggalkan kereta tersebut di tepi jalan dan meletakkan tanda segi tiga keselamatan di bahagian belakang untuk memaklumkan kepada pengguna jalan raya tentang keadaan kereta.

“Sementara menunggu pihak insurans. Demi keselamatan kami buat keputusan untuk hantar keluarga ini pulang ke rumahnya.

“(Dalam tugasan Polis Diraja Malaysia) setiap apa berlaku pasti lapor pada pihak gerakan (DCC),” katanya.

Tumpang hantarkan ke Lembah Subang

Anggota itu kemudian menumpangkan wanita dan anak kecil itu untuk pulang ke rumah yang terletak di sekitar Lembah Subang.

Sebaik sampai di rumah, anggota keselamatan itu meminta agar suami wanita berkenaan menguruskan kereta rosak yang ditinggalkan di bahu jalan.

Menurut anggota polis berkenaan, kejadian itu sudah lama namun dia baru berkesempatan untuk memuat naiknya di media sosial.

Katanya lagi, setiap perkara yang ditunjukkan seperti kebajikan dan pertolongan yang diberikan PDRM bukan untuk mempopularkan diri sendiri.

“Untuk makluman, ini semua untuk menaikkan nama dan imej pasukan PDRM. Bagi pihak saya sendiri, tiada apa-apa pun saya dapat di dunia. Hanya niat kerana Allah SWT untuk bekalan di akhirat kelak.”

@mpv_shah

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada👮🏻‍♂️ (Bantu Ibu & Anak dalam kesusahan) #fypシ゚viral #fly #tenggokilodcc #mpv_shah @TenggoKilo

♬ Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye

Ramai puji tindakan angota polis

Melihat di ruangan komen ramai yang memuji tindakan anggota polis berkenaan kerana berusaha membantu wanita dan anak kecil berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi kisah mereka yang pernah dibantu oleh anggota polis lain.

“Janji Allah itu pasti, di setiap kita memudahkan urusan orang lain Allah akan memudahkan urusan kita”

“Tinggi budi pekerti, mulianya awak. Saya respect”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.