Malu Rambut Semakin Nipis Kerana Gugur? Ini Mungkin Punca & Cara Atasinya

Rambut merupakan mahkota bukan hanya buat wanita tetapi juga lelaki. Ini kerana, lebih rapi rambut seseorang lebih kemas penampilannya.

Namun sama seperti wanita mereka juga turut berdepan dengan pelbagai masalah rambut. Malah adakalanya mereka juga buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan sehingga terpaksa membotakkan rambut agar tidak pening memikirkannya.

Sebenarnya ia bukanlah cara yang efektif untuk merawatnya, sebaliknya anda perlu mengetahui apakah punca mengapa rambut gugur atau menipis.

Masalah keguguran rambut atau alopecia berlaku disebabkan oleh banyak faktor antaranya:

#1 Genetik

Segelintir daripada anda yang mengalami masalah rambut gugur mungkin disebabkan keturunan yang dipanggil androgenitic alopecia yang tercetus daripada gen ibu bapa.

Oleh itu, jika terdapat ahli kelurga yang mempunyai masalah tersebut maka seseorang mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk menghadapinya.

Penipisan rambut kebiasannya bermula di bahagian pelipis serta di atas kepala. Bukan hanya itu, mereka yang mempunyai pola kebotakan ini boleh berdepan dengannya daripada usia remaja.

Malah rambut tersebut tidak hanya menipis sebaliknya ia juga boleh menjadi lembut, halus serta lebih pendek.

Selain itu ia juga dipanggil sebagai alopecia areata yang disebabkan genetik namun sering terjadi ketika kanak-kanak.

ia berlaku disebebkan sistem imun tubuh menyerang folikel rambut dan kemudian mengakibatkan tompokan kecil rambut gugut.

#2 Kesihatan

Masalah keguguran rambut juga boleh berlaku disebabkan masalah perubatan seperti individu yang mempunyai masalah seperti:

  • Anemia
  • Tiroid
  • Diet yang rendah protein dan zat besi
  • Diabetes
  • Lupus

Selain itu rambut juga boleh gugur disebabkan daripada kesan sampingan ubat untuk masalah kesihatan seperti:

  • Kanser
  • Sakit sendi
  • Kemurungan
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah jantung
  • Menjalani rawatan radiasi atau kemoterapi (namun akan tumbuh semula)

#3 Tekanan & Jangkitan

Foto: Pexels

Tekanan seperti penurunan berat badan secara berlebihan atau kejutan emosi atau fizikal yang teruk juga boleh menyebabkan seseorang mengalami keguguran rambut.

Selain itu ia juga boleh berlaku disebabkan stres. Memetik laporan Hello Doktor, jenis stres yang dimaksudkan adalah psikososial di mana seseorang boleh merasa terancam atau tertekan dengan lingkungan sosial mereka.

Namun ia hanya sekitar 67% hingga 97%.

Manakala bagi jangkitan pula, rambut anda boleh berisiko mengalami keguguran disebabkan masalah kurap.

Jangkitan ini boleh menyebabkan adanya tompokan bersisik pada kulit kepala dan tompokan botak. Akan tetapi sekiranya dirawat ia boleh tumbuh semula.

#4 Terlalu mendandan rambut

Foto: Pexels

Seperti yang dikatakan rambut merupakan mahkota buat setiap insan maka pasti sahaja anda mahu tampil segak bergaya.

Penampilan tidak hanya dilihat melalui pakaian sebaliknya rambut turut memainkan peranan, maka ada segelintir yang suka berdandan.

Namun mendandan rambut juga boleh mengundang kepada masalah keguguran sementara yang dikenali sebagai alopecia cengkaman disebabkan mengikat atau menocangnya.

Selain itu rawatan seperti minyak panas serta ‘perm’ (kerintingkan rambut) yang boleh mengakibatkan folikel pada rambut rosak.


Selain punca, para lelaki yang berdepan dengan masalah rambut gugur ini pasti melalui beberapa simptom seperti:

  • Rambut nipis secara beransur-ansur, khususnya di bahagian atas kepala.
  • Tompokan botak membulat atau bertompok-tompok.
  • Gugur secara tiba-tiba.
  • Rambut gugur diseluruh badan.
  • Tompok kerak merebak di seluruh kulit kepala dan ini adalah tanda kurap di mana kulit kepala kemerahan atau bengkak.

Walau bagaimanapun usah bimbang, setiap masalah pasti ada cara untuk mengatasinya.

Apa yang penting adalah anda perlu konsisten dan dapatkan rawatan yang betul daripada pakar serta elakkan daripada melakukan sebarang perkara yang bahaya terhadap diri.

Antara cara untuk merawat masalah rambut gugur adalah:

#1 Jangan guna bahan kimia

Penggunaan bahan kimia seperti gel mahupun spray boleh menyebabkan rambut menjadi gugur. Oleh itu, sekiranya anda memakai sebarang spray atau gel periksa kandungannya.

Elakkan daripada sebarang penggunaan atau bahan yang boleh mengundang lebih banyak masalah pada rambut anda.

#2 Elakkan guna sikat bergigi rapat atau kasar & tak boleh berkasar dengan rambut

Foto: Freepik

Sebaiknya gunakan sikat yang lebih jarang serta lembut. Bukan hanya itu, anda perlu mengendali rambut dengan cara yang lembut serta tidak agresif.

Tindakan menyikat atau memberus rambut dengan kasar boleh menyebabkan rambut gugur dan putus.

#3 Jangan terlalu kerap mengayakan rambut

Seperti yang dimaklumkan dandan rambut yang terlalu kerap boleh menyebabkan rambut gugur.

Oleh itu elakkan menggunakan alat pengering rambut terlalu kerap. Cuba untuk keringkan rambut dengan cara alami seperti menggunakan tuala dan sebagainya.

Ini bertujuan untuk memastikan rambut tidak mudah putus dan rapuh.

#4 Ubah gaya hidup

Untuk pengetahuan anda, gaya hidup adalah sangat penting dalam menentukan kesihatan anda.

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai gaya hidup yang tidak sihat maka berusaha untuk menghentikannya dan bertukar kepada sesuatu yang lebih sihat.

Sebagai contoh sekiranya anda seorang perokok cuba untuk berhenti, makan makanan yang sihat serta boleh membantu untuk memberikan protein dan zat besi.

Selain itu, anda juga boleh berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan nasihat serta ubat-ubatan yang mungkin boleh membantu dalam pertumbuhan semula rambut.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

7 hours ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

1 day ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

1 day ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

1 day ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

1 day ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

1 day ago