fbpx
Now Reading
Reaksi Suami Buntu Lepas Tahu Isteri Beli Tilam & Katil Sampai Tak Muat Kereta Buat Ramai Terhibur [Video]

Reaksi Suami Buntu Lepas Tahu Isteri Beli Tilam & Katil Sampai Tak Muat Kereta Buat Ramai Terhibur [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah tilam dan rangka katil yang dibeli telah memenuhi kereta yang dipercayai jenis Honda BRV milik mereka sekeluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktiviti membeli-belah lazimnya sinonim dengan kaum Hawa. Tanyalah kepada mana-mana wanita di dunia berkenaan dengan shopping atau window shopping, pasti kebanyakan daripada mereka akan teruja mendengar perkataan ini.

Bagi segelintir mereka, walaupun duit hanya tinggal cukup-cukup makan, golongan ini tetap akan mencuci mata walaupun tidak membeli.

Buat kebanyakan wanita, membeli-belah merupakan satu terapi dan cara untuk mengurangkan tekanan.

Oleh sebab itu, ada segelintir yang membeli barang senyap-senyap tanpa pengetahuan suami bagi menggembirakan diri mereka sendiri.

Suami Speechless Lepas Lihat Isteri Beli Tilam Sampai Penuh Kereta

Menerusi perkongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaun @ommazarina, dia berkongsikan momen di saat dia membeli dua rangka katil dan dua tilam bujang untuk kegunaan keluarganya.

Jelas Zarina, pembelian itu dibuat tanpa pengetahuan suami walaupun pada ketika itu dia keluar bersama pasangannya itu dan anak-anak.

Apa yang menjadi perhatian adalah tilam dan rangka katil yang dibeli telah memenuhi kereta yang dipercayai Honda BRV milik mereka sekeluarga.

Malah, turut kelihatan anak lelaki Zarina masih lagi memegang satu lagi tilam dan menunggu untuk memasukkannya ke dalam kenderaan itu.

Respon si suami turut menjadi perhatian apabila lelaki itu kelihatan buntu dan termenung memikirkan cara bagi memastikan barang tersebut muat serta anak-anak dapat duduk di kenderaan itu.

“Bila suami speechless nak susun tempat duduk sebab isteri beli tilam tanpa pengetahuan suami dia,” tulis Zarina menerusi video berkenaan.

Ketika ditanya oleh pengguna TikTok yang lain mengapa tidak menggunakan perkhidmatan kedai tersebut untuk menghantar barang ke rumah, Zarina menjelaskan tempoh perjalanan yang mengambil masa satu jam ke rumahnya membuatkan dia memilih untuk menggunakan kenderaannya sendiri bagi mengangkut barang tersebut.

Jelas Zarina menerusi ruangan komen, si suami akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan tilam berkenaan di atas bumbung kereta mereka.

@ommazarina

Bila kita beli tilam tak bagitau suami dulu😂 Nak marah kena sabar😂#fyp

♬ original sound – Meha Irfan

Warganet Terhibur, Turut Kongsi Pengalaman Sama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan video berkenaan. Sama seperti suami Zarina, kebanyakan pengguna turut mempersoalkan bagaimana pengakhiran kisah pembeliannya itu.

Malah, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang sama membeli barang tanpa menyedari barang tersebut tidak muat untuk dibawa balik menggunakan kenderaan sendiri.

Ada juga pengguna yang turut memberi jalan penyelesaian jika berlakunya keadaan seperti itu lagi.

Tahukah anda? Pada masa kini, terdapat syarikat yang membuat servis penghantaran barang khususnya perabot dari satu destinasi ke destinasi yang lain antaranya seperti Lalamove, The Lorry.Com dan Mr Lorry.

Namun, kos penghantaran bergantung kepada jarak destinasi yang akan dihantar serta kawasan terlibat yang diliputi oleh syarikat berkenaan.

Berikut antara komen warganet:

“Suami Tengah Duk Fikir Nak Susun Tu, Tilam Dalam Kereta, Isteri Atas Bumbung”

“Jadi Apa Kesudahannya? Balik Sendiri Naik Grab? Buat Dua Trip?”

“Cari Kurier Kan Senang”

“Suami Pernah Angkut Tilam Queen Letak Atas Bumbung Proton Saga Waktu Pindah Rumah”

“Letak Dekat Bumbunglah, Minta Tali Untuk Ikat”

“Sama Dengan Mak Saya, Beli Barang Tak Fikir Muat Ke Tidak”

“Macam Mana Nak Susun? Mau Akak Yang Ditinggalkan Suruh Naik Grab”

Baca Artikel Berkaitan: “Taktau Nak Sedih Ke Ketawa” – Suami Isteri Terkejut Dinding Rumah Berlubang Ditebuk Kontraktor Jiran [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.