fbpx
Now Reading
“I Love It”- Ceddy Beli ‘The Clear Quran’, Akui Ia Perbetulkan Salam Faham Terhadap Islam [Video]

“I Love It”- Ceddy Beli ‘The Clear Quran’, Akui Ia Perbetulkan Salam Faham Terhadap Islam [Video]

Menurut Ceddy, dia turut merasakan terdapat satu bahagian yang membuatkannya berasa tenang apabila Islam juga tidak melarang agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, influencer terkenal Ceddy telah membeli senaskah terjemahan al-Quran (The Noble Quran) di sebuah kedai buku Karangkraf.

Malah video yang dikongsikan influencer yang terkenal dengan konten makanan itu turut menarik perhatian ramai.

Bukan hanya itu, helaian pertama yang dibuka sebelum membeli kitab suci itu turut mencuri tumpuan pengguna media sosial, selain mendoakannya untuk dipemudahkan sepanjang mempelajari dan memahami al-Quran.

Baca artikel berkaitan: Ceddy Beli Al-Quran, Muka Surat Pertama Yang Dibuka Raih Perhatian Ramai [Video]

Ceddy akui suka baca al-Quran

Terbaharu, Ceddy tampil dalam satu lagi video memaklumkan dia kini telah mula membaca satu lagi terjemahan al-Quran yang bertajuk ‘The Clear Quran’.

Malah dia juga mengakui membeli buku tersebut selepas dicadangkan oleh pengikut, sebaik mengetahui dia ada membeli al-Quran yang diterjemah.

“Saya mula membacanya dan menyukainya, jadi terima kasih kepada anda semua yang mencadangkan untuk mendapatkan The Clear Quran selepas saya berkongsi membeli kitab Al-Quran.

“Walau bagaimanapun, tujuan saya membuat video ini bukan untuk membezakan buku yang mana satu yang lebih baik. Tidak.

“Ini kerana, keduanya mempunyai terjemahan dan keduanya menyampaikan kata-kata dari tuhan,” katanya.

Akui The Clear Quran yang dibeli banyak membantunya untuk memahami mesej dengan jelas

Namun kata Ceddy, untuk seseorang yang baru mula ingin mempelajari dan memahami dalam al-Quran sepertinya pasti akan merasakan ‘The Clear Quran’ lebih membantu.

“Kerana sewaktu saya berkongsi video membeli al-Quran, terdapat beberapa komentar negatif dari segelintir individu yang mungkin tidak tahu (ignorant), atau seseorang itu mungkin mempunyai prejudis terhadap Islam.

“Buki ini turut menyatakan tentang beberapa tanggapan yang salah mengenai Islam dan saya sangat menghargainya.”

Turut menyebut tentang hak seorang bukan Muslim dalam Islam

Malah menurut Ceddy terdapat satu bahagian yang menyebut tentang hak seseorang yang bukan Islam dan perkara itu membuatkannya berasa tenang.

“Islam menjaminkan kebebasan kepada penganut lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka.

“Malah Nabi Muhammad SAW bersabda, sesiapa sahaja yang menyakiti orang bukan Islam di bawah pemerintahan Islam, dan aku akan menjadi lawan mereka di hari penghakiman dan mereka tidak akan mencium bau syurga.

“Ia sesuatu yang melegakan untuk individu seperti saya.

” Wow, saya rasa seperti diterima dan dicintai sebagai seorang non Muslim buat masa ini,” katanya lagi.

Penjelasan yang sangat terperinci, untuk beberapa perkataan

Malah dia juga turut menyatakan sebab keduanya mengapa buku The Clear Quran sangat membantu kerana ia turut menterjemahkan beberapa perkataan dengan lebih jelas.

Sebagai contoh apakah yang dimaksudkan dengan ‘tidak dapat dilihat’ (unseen) yang membawa maksud kepercayaan kepada tuhan, malaikat dan hari penghakiman.

Katanya penjelasan setiap maksud itu membantu untuk dia lebih mudah memahaminya.

@ceddyornot

I bought The Clear Quran!! And I love love love it!! Thanks to so many of you for suggesting this!!

♬ original sound – Ceddy – CEO of Makan Makan – Ceddy – CEO of Makan Makan

Harap perkongsian dapat bantu orang lain yang baru ingin belajar sepertinya

Ceddy turut berharap perkongsiannya itu mungkin dapat membantu orang lain di luar sana.

Katanya tujuan dia membuat video hanya untuk berkongsi apa yang telah dipelajari setakat ini dan mengapa dia merasakan buku The Clear Quran membantunya dalam memahami mesej dalam al-Quran.

Melihat di ruangan komen, ramai yang merasakan mungkin umat Islam yang lain juga boleh mendapatkan buku yang sama, untuk memahami setiap mesej lebih mendalam.

Malah ada juga mengatakan penjelasan Ceddy berhubung buku tersebut turut membuat mereka mahu memilikinya.

“Jangan biarkan pembenci berada dalam fikiran awak, teruskan belajar”

“Teruskan berkongsi Ceddy, semoga awak jumpa apa yang awak cari di dalam hidup”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.