fbpx
Now Reading
Ramai Bengang Lihat Individu Buang Kucing Atas Alasan ‘Tak Larat Nak Bela’ [Video]

Ramai Bengang Lihat Individu Buang Kucing Atas Alasan ‘Tak Larat Nak Bela’ [Video]

Difahamkan, kesemua individu tersebut turut dimaklumkan bahawa kucing yang dibuang di lokasi tersebut berisiko untuk diracun atau dilanggar oleh kenderaan lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain anjing, kucing merupakan antara haiwan yang sering menjadi pilihan masyarakat di dunia untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan.

Ini kerana tingkah laku mereka yang comel dan mudah dijaga sering menjadi pilihan orang ramai untuk membela mereka.

Namun, ada segelintir individu yang memilih untuk membuang haiwan comel itu setelah puas memelihara haiwan berkenaan.

Didakwa Buang Atas Alasan Tidak Larat Nak Bela

Menerusi video yang tular di platform X, kelihatan empat individu disyaki membuang dua ekor kucing di sebuah kawasan yang tidak diketahui. 

Melalui video yang dikongsikan di akaun @fourmeows1, kelihatan empat individu tersebut sedang berdiri di bahagian bonet kereta jenis Proton Saga dan mengarahkan haiwan berkenaan keluar daripada bonet tersebut.

Setelah beberapa lama, kelihatan seekor kucing berwarna hitam putih keluar daripada bonet kereta itu.

Telah Dimaklumkan Risiko Buang Kucing DiKawasan Itu

Difahamkan, kesemua individu tersebut turut dimaklumkan bahawa kucing yang dibuang di lokasi tersebut berisiko untuk diracun atau dilanggar oleh kenderaan lain.

Namun, kesemua individu berkenaan didakwa seakan tidak kisah dengan maklumat yang diberitahu kepada mereka.

Malah, mereka turut mengaku bahawa mereka tidak larat membela haiwan berkenaan hingga menyebabkan mereka bertindak sedemikian.

“Best kan buang je kucing-kucing bila dah malas nak jaga. Siap bawa anak-anak berkumpul membuang kucing-kucing, happy family gitew.

“Informer dah berhadapan (confront) bagitahu dekat sini kena racung dan langgar, boleh je ‘iye ek?’.

“Dua ekor kucing sekarang tak tahu sembunyi mana sebab takut sangat,” tulis pemilik video berkenaan.

Difahamkan, sebelum ini terdapat banyak kucing yang dibuang di kawasan tersebut diracun.

Malah, pemilik akaun berkenaan mendakwa pernah ada kucing yang dibuang di lokasi itu dijangkiti virus Parvo atau lebih dikenali sebagai Feline Parvovirus (FPV) yang boleh menyebabkan kematian kepada kucing khususnya buat si bulus yang belum di vaksin.

Pengguna X Kecewa Dengan Tindakan Individu

Ciapan tersebut nyata menarik perhatian pengguna X yang lain. Rata-rata daripada mereka kecewa dengan tindakan kempat-empat individu terbabit yang dilihat tidak kisah dan sanggup membuang kucing yang didakwa pernah dibela itu.

Malah, kebanyakannya turut mengecam tindakan individu berkenaan yang mengambil jalan mudah dengan cara membuangnya setelah tidak mahu memelihara haiwan itu.

Bagi mereka, banyak lagi alternatif yang lain yang boleh dilakukan antaranya seperti meletakkan haiwan berkenaan di kawasan perlindungan khusus untuk haiwan comel itu sekiranya tidak lagi mahu membela mereka.

Buang Kucing Merupakan Satu Kesalahan

Tahukah anda? Tindakan membuang kucing boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan hukuman penjara.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar), Datuk Dr Muhammad Safaruddin Md Dawam, tindakan membuang atau meninggalkan kucing, walaupun dengan alasan haiwan berkenaan bukan milik mereka merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Mengikut Seksyen 29(1)(p) di bawah akta itu menjelaskan bahawa meninggalkan haiwan di suatu tempat sehingga menyebabkan trauma, kesakitan atau penderitaan atas sebab penempatan semula, kebuluran, dahaga, kecederaan atau penyakit merupakan satu kesalahan.

Manakala Seksyen 29(1)(r) pula menetapkan pemilik sama ada sengaja ataupun tidak, telah melakukan kesalahan jika membiarkan haiwan yang berpenyakit, tidak berupaya atau cedera, mati di mana-mana.

Individu boleh dikenakan denda RM20,000 sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Bahkan dalam Islam, perbuatan membuang kucing di kawasan yang berbahaya kepadanya adalah haram.

Namun, ianya diharuskan seandainya tindakan itu tidak menimbulkan bahaya atau memusnahkan haiwan tersebut.

Berikut antara komen pengguna X:

“Gamak Ye, Patut Ibu Bapa Tunjuk Contoh Macam Mana Nak Tanggungjawab”

“Berapa Ekor Dia Buang? Geramnya Tengok”

“Tergamaknya Buat Macam Ni”

“Sampai Hati Betul Buang Kucing Bela, Kucing Tu Dahla Tak Pernah Ada Survival Skill Kalau Bela Dari Kecil”

“Ada Kes Buang Sebab Kucing Jiran Beranak Pinak, Buang Dekat Kedai Makan. Tidak Diterima Tapi Masih Ada Unsur Kemanusiaan”

Baca Artikel Berkaitan: Pegawai Agama Perjelas Hukum Buang Kucing

Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Suka Binatang, Jangan Zalim” – Kucing Disimbah Cat Putih Undang Kecaman Netizen [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Denda RM50,000, Penjara 2 Tahun Kerana Abaikan 5 Kucing Peliharaan Hingga Mati Kelaparan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.