fbpx

Trend ‘Childfree Lifestyle’, Kahwin Tapi Taknak Anak Adalah Dakyah Dangkal – Dr Fadzilah Kamsah

Menurut pakar motivasi itu, ramai orang mendakwa bimbang akan berdepan dengan kesusahan sekiranya mempunyai anak namun beliau menjelaskan ia adalah satu pegangan yang silap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi setiap pasangan suami isteri, anak merupakan penyeri dalam kehidupan berumah tangga. Oleh sebab itu, ada di antara pasangan yang sanggup melakukan pelbagai cara untuk memperoleh zuriat.

Namun sejak akhir-akhir ini, ada segelintir pasangan yang memilih untuk hidup berdua dan tidak mahu anak sebagai penyambung keturunan.

Trend yang dikenali sebagai childfree lifestyle atau perkahwinan tanpa anak mula menjadi topik perbualan di media sosial pada sekitar awal Jun yang lalu setelah dikongsikan oleh seorang peguam di akaun TikTok.

Menurutnya, kebanyakan pasangan memilih gaya hidup ini disebabkan beberapa faktor antaranya seperti faktor kewangan dan tidak bersedia.

Trend Childfree Adalah Satu Dakyah Dangkal Masyarakat Barat

Mengulas mengenai trend yang dilihat semakin berleluasa dalam kalangan rakyat Malaysia, pendakwah bebas dan pakar motivasi terkenal Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata kehebatan sesuatu masyarakat bergantung kepada kehebatan institusi kekeluargaan dan ia merupakan hakikat yang dinyatakan oleh ulama sejak dahulu.

Jelas Dr Fadzilah Kamsah, kehidupan rumah tangga yang mengikut trend childfree lifestyle ini adalah dakyah dangkal yang dibawa dari segelintir masyarakat Barat dan perlu dibendung.

Ini kerana menurut beliau, pelengkap dalam perkahwinan adalah bagi mendapatkan zuriat yang jelas nasab keturunan.

“Menghampiri kiamat memang banyak dalam dunia ini yang semakin pelik. Ada juga yang tak nak kahwin selama-lamanya, ada yang kahwin, (tapi) tak mahu anak selama-lamanya.

“Berdasarkan pengalaman, saya percaya orang yang ada mempunyai pegangan sebegini (tidak mahu zuriat) adalah orang yang jahil mengenai agama.

“Jika faham agama, berumahtangga itu sunnah nabi, malah orang yang ada nafsu dengan kemampuan selayaknya wajib berkahwin,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Tujuan Berumah Tangga Antaranya Untuk Dapatkan Zuriat

Jelas Dr Fadzilah Kamsah lagi, tujuan berumah tangga antaranya adalah untuk mendapatkan zuriat sekali gus memastikan zuriat yang dilahirkan memiliki nasab yang jelas bukan seperti anak tidak sah taraf dan sebagainya.

Tambahnya lagi, perkahwinan dalam Islam antaranya bertujuan bagi mengelakkan masalah seumpanya berbangkit.

“Sememangnya perkahwinan jelas antara tujuannya untuk menambahkan umat Nabi Muhammad SAW dengan cara yang Allah SWT reda.

“Orang yang kadang-kadang nakkan gaya hidup ‘childfree family’ (tiada anak) itu sebab mereka nak ‘enjoy’ (berseronok). Jika baru kahwin, kita faham.

“Tetapi (jika) 10 tahun hingga 15 tahun kahwin, dia dah selesa tak ada anak, lebih memilih kucing atau haiwan peliharaan yang lain, itu tak betul,” katanya.

Anak Merupakan Satu Rahmat & Pembawa Rezeki

Menurut pakar motivasi itu lagi, ramai orang mendakwa bimbang akan berdepan dengan kesusahan sekiranya mempunyai anak antaranya berkaitan dengan perbelanjaan yang semakin meningkat. Namun beliau menjelaskan ia adalah satu pegangan yang silap.

Jelas beliau, di samping untuk menghalalkan hubungan dan menambah zuriat, perkahwinan juga membawa kepada kebahagiaan hakiki yang lengkap dalam mencari rahmat Allah SWT.

“Anak adalah satu rahmat dan setiap anak yang dilahirkan itu membawa rezeki. Rezeki bukan duit sahaja. Lapang, tenang, kurang tekanan, bahagia rumah tangga, tiada konflik juga sebab rezeki turun mencurah-curah.

“Jika berpegang kepada gaya hidup tak mahu anak, semua ini dia tidak perasan.

“Sedangkan cahaya mata itu membawa rezeki yang melimpah-ruah di mana rezeki datang dalam pelbagai cara termasuk masa lapang, kegembiraan, kesenangan, kesihatan, keimanan serta keberkatan.

“Satu daripada manfaat masih diterima walaupun seseorang sudah meninggal dunia adalah doa anak yang soleh,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Luah Dibenci Ibu Sendiri Sejak Kecil Sampai Tahap Tak Mengaku Anak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Perlu Elak Lakukan 5 ‘Penipuan’ Ini Terhadap Anak-Anak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.