Ramai Nak Mark O’dea Jadi Duta Pelancongan Selepas Promosi Malaysia Di German [Video]

Tak dinafikan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak keistimewaan dari segi keindahan gunung-ganangnya, tradisi budaya, makanan serta banyak lagi.

Malah masyarakat yang hidup dalam keadaan harmoni juga sering menjadi salah satu kerujaan buat pelancong luar setiap kali melawat ke negara ini.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan mereka jatuh cinta kepada Malaysia, malah ada yang asyik bercerita mengenai keindahannya apabila pulang ke negara sendiri atau melancong ke tempat lain.

Mark O’dea tarik perhatian ramai menerusi konten eksperimen sosial

Baru-baru ini penyampai televisyen yang juga pembina konten (content creator), Mark O’dea telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia yang menginginkannya menjadi duta pelancong negara.

Ini kerana, pada tiga hari lalu Mark telah membuat satu eksperimen sosial sewaktu berada di acara perasminan dan perlawan bola sepak antara German vs Scotland untuk piala UEFA EURO 2024 di Munich, German.

Tanya pengunjung di UEFA EURO 2024 adakah mereka kenal bendera Malaysia yang dipakai pada baju

Menerusi eksperimen sosial itu Mark bertanya kepada beberapa pengunjung daripada pelbagai negara di sekitar kawasan berkenaan adakah mereka dapat meneka bendera Malaysia yang dipakai pada baju jersinya?

Pada mulanya Mark telah bertanya kepada dua pengunjung dari Scotland tentang bendera tersebut dan mereka menyebut Myanmmar.

Pengunjung kedua pula mengatakan bendera tersebut adalah negara Turkiye. Malah ada juga yang mengatakan ia Indonesia, Costa Rica, Amerika Selatan, Singapura dan sebagainya.

Ada yang dapat jawab bendera adalah negara Malaysia

Namun secara tiba-tiba salah seorang kumpulan pengunjung yang ketiga menjawab ia adalah bendera Malaysia.

Sebaik mendengar jawapan itu Mark bersorak kegembiraan. Lelaki itu turut mengatakan ‘Scotland mencintai Malaysia’.

Siap tahu frasa bahasa di Malaysia seperti ‘Lah’

Mark kemudiannya bertanya kepada pengunjung keempat, sebaik ditanya lelaki tersebut langsung menyebut Malaysia.

Malah dia turut mengetahui beberapa frasa bahasa yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia seperti ‘of course, lah’.

Dia juga memberitahu antara makanan yang disukainya adalah nasi ayam. Selain turut mengakui wanita Malaysia adalah cantik.

Ramai suka makanan dan tempat menarik

alam video sama mark turut bertanya apakah perkara pertama yang difikirkan apabila disebut tentang Malaysia? Ada yang menyebut tentang tempat yang menarik seperti Kuala Lumpur, makanan yang sedap, cuaca panas dan banyak lagi.

“Tempat yang menarik, Kuala Lumpur,” kata salah seorang pengunjung dipercayai dari Australia.

“Makanan Malaysia adalah hebat, ayam yang dipotong dengan nasi (nasi ayam),” kata salah seorang pengunjung Scotland.

Menerusi ekperimen sosial yang dijalankan dapat dilihat rata-rata pengunjung dari Scotland dapat menjawab dengan betul sebaik bendera ditunjukkan.

Ramai mahu Mark jadi duta pelancongan

Melihat di ruangan balas, ramai yang berterima kasih kepada Mark kerana telah mempromosikan Malaysia kepada masyarakat luar negara.

Malah ada yang berpendapat dia wajar dijadikan sebagai duta pelancongan.

“Lelaki ini adalah individu yang baik untuk dipilih menjadi duta pelancongan”

“Pelancongan Malaysia anda mempunyai duta seterusnya”

“Terima kasih kepada mereka yang mengenali Malaysia. Nampaknya kita perlu berusaha keras untuk mempromosikan negara kita”

“Bangga menjadi sebahagian daripada Malaysia. Terima kasih kepada yang mengenali negara saya”

Recent Posts

  • Trending

Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan…

11 hours ago
  • Trending

Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu…

11 hours ago
  • Trending

“Keluar Dari Kedai Saya”- Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel [Video]

Menerusi video, pemilik restoran di Vietnam itu telah menghalau pelancong tersebut keluar daripada kedainya dan…

11 hours ago
  • Trending

“Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya…

11 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Lebih Had Umur Bekerja, Cikgu Tadika Diminta Bayar Semula RM21,000 Kepada Kerajaan

Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar…

12 hours ago
  • Trending

Kucing Minta Dibelai Guna Kaki, Tak Suka Orang Sentuh Guna Tangan Raih Perhatian Ramai [Video]

Kucing jenis campuran Bengal dan British Short Hair (BSH) itu juga gemar mengikuti tuannya dan…

13 hours ago