fbpx

Ramai Sedih, Anak Muda Tak Tahu Siapa Manusia Pertama Yang Azan Di Muka Bumi [Video]

Jawapan yang diberikan oleh peserta dalam ekperimen sosial itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai pengguna media sosial bersedih kerana tidak mengetahui siapakah Bilal Bin Rabah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap umat Islam perlu untuk mengetahui latar belakang mengenai agamanya. Ia bertujuan agar seseorang itu faham dan tahu pengorbanan telah dilakukan oleh para Nabi agar agama Islam dapat disebarkan.

Bukan hanya itu, kita juga perlu mengenali sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang telah bersama dengan Baginda dalam menyebarkan agama serta mereka juga sanggup berkorban demi agama Islam.

Justeru itu, adalah suatu perkara yang amat menyedihkan sebagai seorang yang beragama Islam jika kita tidak mempelajari agama ini dengan lebih mendalam serta mengetahui segala sejarah-sejarahnya.

Ramai sedih anak muda tak kenal siapa individu pertama azan di muka bumi

Perkara sama turut dirasakan oleh orang ramai selepas tular satu video di media sosial yang memaparkan ramai anak muda tidak mengetahui siapakah individu pertama yang melaungkan azan di muka bumi ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ybhakim di TikTok, Hakim telah membuat satu eksperimen sosial dan menyoal beberapa lelaki adakah mereka tahu siapakah muazzin atau individu pertama yang melaungkan azan.

Sewaktu bertanya kepada individu pertama, lelaki itu menjawab dia tidak mengingatinya namun pernah mengingati nama individu berkenaan yang juga sahabat Rasullullah SAW dan berketurunan Habsyi.

Ada yang menjawab beberapa nama nabi seperti Nabi Musa A.S

Manakala peserta kedua pula menjawab dia tidak pasti siapakah individu yang dimaksudkan oleh Hakim.

Peserta ketiga pula cuba menjawab namun memberikan jawapan yang salah seperti Nabi Musa A.S, Nabi Ibrahim A.S dan juga Nabi Adam A.S.

Soalan sama turut ditanya kepada peserta terakhir dan dia juga tidak dapat menjawab soalan itu. Malah turut meminta Hakim untuk memberikannya ‘hint’ jawapan.

Ramai jawab Bilal Bin Rabah di ruangan komen

Melihat di ruangan komen, perkara itu membuatkan ramai pengguna di TikTok bersedih kerana ramai anak muda yang tidak mengetahui jawapannya.

Malah mereka turut menjawab individu pertama yang melaungkan azan adalah Bilal Bin Rabah.

Bukan hanya itu ada juga yang menyebut Abdullah bin Zaid merupakan individu yang mengajar kepada Bilal untuk azan seperti yang disuruh oleh Rasullullah SAW selepas menceritakan tentang mimpinya kepada Baginda.

Malah individu yang melaungkan azan sering kali dipanggil Bilal atau muazzin jika di masjid mahupun surau.

Perkongsian video itu turut menjadi sohor di laman X dan ia turut mendapat respon yang sama dari pengguna laman berkenaan.

“Aku tertanya kenapa semua yang dia interview semua tak tahu.. atau sebab panik tiba-tiba tanya soalan tu.. Pelik aku”

“Bilal bin Rabah orang yang kumandangkan azan. Sebab tu kita ada Bilal di masjid-masjid”

“Ada hikmah orang yang mengalunkan azan digelar sebagai Bilal selain Muazzin. Supaya kita ingat siapa manusia pertama mengalunkan azan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.