fbpx

Ustaz Don Tampil Mohon Maaf Kerana Jawapan Berpuasa Di Hari Tasyrik Bikin Ramai Keliru [Video]

Dalam video penjelasan yang dilakukan, Ustaz Don menjawab hari yang diharamkan untuk berpuasa adalah pada Hari Raya pertama Aidilfitri dan Aidiladha termasuklah hari tasyriq hari ke-11,12, dan 13.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini nama pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal Don Bijayid telah menjadi bualan hangat susulan perkongsiannya mengenai ‘kisah cinta pertama Nabi Muhammad SAW’.

Ekoran daripada itu, pendakwah itu kemudiannya telah dipanggil oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 11 Jun lalu.

Selain itu, Ustaz Don juga telah direhatkan terus daripada menjadi pengacara Program Salam Baitullah yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Baca artikel berkaitan: Baru Sahaja Kembali, Ustaz Don ‘Direhatkan Terus’ Dari Program Salam Baitullah

Baca artikel berkaitan: Tular Isu Kisah Nabi, JAKIM Akan Dapatkan Penjelasan Ustaz Don

Ustaz Don tampil mohon maaf berhubung jawapan mengelirukan tentang hari yang haram berpuasa

Belum lagi reda, nama pendakwah ini sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila dia didakwa memberikan jawapan yang mengelirukan berhubung hari yang diharamkan untuk berpuasa yang disiarkan di sebuah stesen radio tempatan.

Video rakaman ketika pendengar bertanya tentang soalan itu dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Don turut menjadi sohor di laman X (Twitter).

Susulan daripada perkara itu, Ustaz Don telah tampil memohon maaf kepada orang ramai serta memberikan penjelasan mengenai jawapan tersebut.

“Saya minta maaf sebab menjawab (soalan) dalam keadaan mengelirukan, saya minta maaf banyak-banyak. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua.

“Jawapan yang betul adalah pada Hari Raya Aidiladha tidak boleh berpuasa, dan hari tasyriq juga termasuk sekali,” katanya dalam video berkenaan.

Turut jelaskan berhubung jawapan yang diberikan sebelum ini

Ustaz Don dalam satu lagi video turut memberi penjelasan berhubung jawapannya dalam siaran radio berkenaan.

“Ni saya tengah nak buat video balik bagi elok sebab zaman sekarang ni kejap lagi video kita ada orang ambil kata tak ikhlas, tak apalah, nak tunjuk, orang kata tak mau mengaku, orang kata sombong dan sebagainya.

“Saya kena berhati-hati dengan perkara itu, tadi saya jawab siap-siap (video awal) sebab tengah korban.

“Jadi macam ni jawapan dia, ingat elok-elok satu persatu saya jawab. Soalan itu ditanya, Ustaz boleh puasa tak pada Hari Raya Aidiladha? Masa kami nak rakam, saya tanya ni hari raya pertama sahaja ke?

“Hari raya pertama sahaja, dia jawab seperti itu untuk kita nak jawab yang simple (mudah). Jadi jawapan dia yang betul yang panjang, sepatutnya Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama tidak boleh puasa,” katanya.

Jelaskan tak boleh berpuasa pada hari tasyriq iaitu hari ke-11, 12 dan 13

Menurut Ustaz Don umat Islam hanya boleh berpuasa pada hari raya kedua dan seterusnya ketika Hari Raya puasa.

“Berbeza dengan Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidiladha ada hari tasyriq, hari ke-11, 12 dan 13. Jadi bila jadi macam tu, panjang huraiannya. Jadi pada masa tu (ketika soalan ditanya) nak bagi faham sahaja.

“Kata hari raya pertama tak boleh puasa, yang itu sahaja. Tapi tak mengapa saya jawab mengelirukan, maafkan saya,” katanya lagi.

Susulan daripada penularan itu, JAKIM turut memaklumkan tarikh-tarikh yang haram berpuasa kerana ia merupakan hari-hari tasyrik.

Apa itu hari tasyriq?

Untuk makluman, Hari Raya Aidiladha akan jatuh pada hari ke-10 dalam bulan Zulhijjah. Hari tasyriq pula jatuh pada hari ke-11, 12 dan 13 dalam bulan yang sama di mana umat Islam diharamkan untuk berpuasa.

Ini kerana sabda Rasulullah SAW, ‘Hari tasyrik adalah hari untuk makan dan minum’.

Memetik eCentral, pada hari-hari berkenaan, umat Islam yang mengerjakan ibadah haji akan menyempurnakan amalan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.