Ramai Sebak Lihat Anak Kecil Menangis Sebaik Nampak Bapa Pulang Dari Kerja Kerana Rindu [Video]

Setiap anak kecil yang sedang membesar pasti ingin diri mereka sentiasa diberikan perhatian oleh ibu dan ayah.

Malah kearaban yang terjalin antara ibu bapa dan anak membuatkan si kecil sentiasa ingin berada dekat dengan individu yang disayanginya.

Apabila salah satunya jauh di mata mereka, pasti ada yang berasa sedih dan rindu meskipun ibu bapa berjauhan atas tuntutan kerja.

Kanak-kanak menangis sebaik lihat susuk tubuh bapa pulang dari kerja

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan keletah si kecil yang membuatkan ramai sebak apabila melihat ayahnya pulang dari kerja.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @__syzwani di TikTok, awlanya kanak-kanak perempuan yang berusia sekitar empat hingga lapan tahun itu berdiri di hadapan pintu rumah sambil menunggu bapanya pulang.

Sebaik melihat susuk tubuh seorang lelaki yang memakai baju tentera menaiki tangga berdekatan pintu rumah, dia kemudian memanggil ‘ayah!’ sambil berlari memeluknya sebelum menangis.

Bawa banyak barang mungkin baru pulang dari kursus atau kerja untuk tempoh yang lama

Dipercayai bapa kepada kanak-kanak ini berkemungkinan baru sahaja pulang dari kursus atau bekerja di sesuatu tempat untuk tempoh yang lama kerana dapat dilihat dia membawa barang dan beg yang banyak.

Melihat si kecil menangis si bapa kemudian bertanya mengapa sebelum berjalan ke arah pintu untuk meletakkan barang yang penuh di tangan.

Akui rindukan ayah sewaktu disoal

Sebaik meletakkan semua barang, si bapa lalu segera memeluk si kecil yang masih menangis untuk memujuknya. Malah ketika ditanya adakah dia menangis kerana merindukan bapanya, kanak-kanak itu segera menganggukkan kepala.

“Ayah balik dah, rindu ayah?” soalnya sambil memujuk sebelum memaklumkan kepada si kecil itu dia ingin menyambung mengambil barang.

Di ruang kapsyen si ibu turut memaklumkan situasi itu juga meruntun jiwanya.

“Peritkan merindu, dengan mama sekali nangis,” tulisnya.

Terus cari ayah sebaik pulang dari sekolah

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, sebelum si ayah pulang, kanak-kanak yang memakai baju sekolah itu telah bertanya kepada ibu adakah bapa sudah pulang?

Ekoran itu, si ibu menyuruhnya untuk memeriksa di dalam bilik untuk mencari adakah bapa sudah pulang. Namun cariannya hampa apabila bapa tidak berada di dalam bilik kerana masih belum pulang.

Dia kemudiannya menangis sambil mengatakan ‘nak ayah, nak ayah’.

@___syzwani

ni sebelum ayah balik HAHAHA mama sengaja tanak bagi tahu , ni berlari balik ke rumah ingat ayah ada kat rumah 😢 satu rumah dia cari sekali dia cakap ” SEDIH TAHU TAK ” 😭 #rindu#fypp#kasihayah#masukberandafyp#anaktentera

♬ bunyi asal – boyottlahh._ – boyottlahh._

Ramai turut rasa sebak melihat kanak-kanak menangis rindukan ayah

Perkongsian video itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai yang tersentuh melihat si kecil sangat merindukan ayahnya.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman sama apabila tak dapat berjumpa dengan ayah selama satu tahun kerana bertugas di luar negara.

Menerusi penelitian kami, video tersebut telah dimuat naik sekitar 10 Jun lalu dan menjadi sohor di laman X pada baru-baru ini.

“Pernah dulu masa ayah kena pergi Lubnan, satu tahun tak jumpa”

“Macam nilah aku dulu kecil-kecil ayah balik dari operasi asyik kena tinggal, bapa askar”

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago