fbpx

“Suka Kongsi & Bahagia”- Wanita Jepun Akui Persepsi Terhadap Muslim Berubah Selepas Datang Malaysia [Video]

Sora turut mengakui sebelum ini ketika berada di Jepun dia juga mempunyai tanggapan muslim adalah menakutkan, namun ia berubah selepas berkunjung ke Malaysia dan mengenali masyarakatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan segelintir masyarakat di dunia mempunyai persepsi masing-masing terhadap sesuatu perkara.

Namun sebagai manusia, kita tidak boleh membiarkan persepsi buruk terhadap sesuatu perkara menguasai diri, sebaliknya ia perlu dipelajari.

Ini kerana, menerusi pengalaman ia dapat mengubah sesuatu tanggapan buruk kepada baik selepas mempelajari dan memahami sesuatu perkara mahupun komuniti.

Wanita Jepun kongsi persepsi terhadap muslim berubah selepas kunjungi Malaysia

Perkara sama turut dirasai oleh seorang wanita Jepun apabila mengakui persepsinya terhadap muslim berubah selepas dia mengenali dan mempelajarinya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @sora_fula di TikTok, dia memaklumkan kebanyakan penduduk di Jepun sering berfikir orang muslim adalah menakutkan, ia berikutan daripada berita yang bias.

“Saya juga mempunyai tanggapan yang sama ketika berada di Jepun, namun ia berubah selepas saya datang ke Malaysia.

“Penduduk Malaysia suka berkongsi dan memberikan kebahagian kepada orang lain,” ujarnya.

Pergi masjid untuk belajar lebih lagi tentang muslim

Oleh itu, saya telah berkunjung ke Masjid Putra, Putrajaya untuk mempelajari lebih lagi mengenai muslim.

Sewaktu berkunjung Sora turut bertanya kepada seorang petugas adakah muslim atau Malaysia tidak melakukan kejahatan?

Sentiasa ada garis panduan, manusia perlu meminta ampun sekiranya melakukan dosa

Lelaki itu menjawab sentiasa ada garis panduan dalam setiap perkara. Sekiranya seseorang individu melakukan perkara yang tidak baik, maka dia perlu sentiasa balik (meminta ampun) kepada Allah SWT.

“Allah SWT telah berkata jika awak memohon maaf kepadaNya, Allah SWT akan memafkan awak.

“Kerana itu, kita solat sebanyak lima waktu. Setiap kali solat, kita akan memohon keampunan dari Allah SWT.

“Topik pertama yang awak ingin bercakap dengan Allah adalah ayatNya yang berada dalam al-Quran. Waktu yang diambil sekitar dua minit paling lama untuk menghabiskan satu baris ayat,” kata lelaki berkenaan.

Malah lelaki itu turut menunjukkan cara atau perkataan yang perlu diungkapkan untuk memohon ampun dari Allah SWT.

@sora_fula

Visiting masjid to learn true meaning of Islam mindset ! #fyp #sora

♬ original sound – Sora – Sora

Banyak pelancong datang untuk belajar tentang Islam

Perkara itu, turut membuatkan Sora merasakan setiap hari muslim akan bertanya kepada diri mereka adakah mereka seorang yang baik mahupun sebaliknya. Malah dia percaya ia adalah salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia atau muslim boleh sentiasa menjadi baik.

“Banyak pelancong dari Jepun telah datang ke sini (masjid) untuk belajar tentang Islam. Mereka juga berikan saya al-Quran,” katanya lagi.

Sora turut tunjuk kegembiraan bercampur dengan masyarakat di Malaysia

Dalam beberapa video lain yang dimuat naik oleh Sora, dia turut menunjukkan kegembiraannya bercampur dengan masyarakat Malaysia termasuk muslim yang disifatkan sangat baik dengannya.

@sora_fula

Visited my friends house suddenly !! 😆 What a great opportunity to show my appreciation to them with FOOD! You can now get Buy 1, Get 2nd item at 50% Off on GrabFood!@GrabMY

♬ original sound – Sora – Sora

Malah Sora juga turut tidak melepaskan peluang untuk melihat ibadah korban dilakukan pada baru-baru ini.

Melihat di ruang komen, ramai yang menyokong Sora untuk terus mempelajari tentang muslim dan Islam.

Malah ada juga yang meminta Sora untuk datang ke masjid pada bulan Ramadan untuk melihat kemeriahan yang berlainan dari hari biasa.

“Awak patut lawatnya lagi nanti ketika Ramadan! Ia mempunyai vibes yang sangat berbeza di dalam masjid dan kelilingnya. Saya rindukan Ramadan”

“Islam itu indah”

“Terima kasih kerana berkongsi dan sebarkan perkara baik tentang Malaysia terutamanya mengenai Islam”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.