fbpx

“Tun Dr Mahathir?”- Ramai Terkejut Dengar Jawapan Gadis Ketika Ditanya Siapa PM Sekarang [Video]

Pada mulanya, dia menjawab Anwar Ibrahim sebagai jawapan pertama namun kerana tidak yakin dengan jawapan itu, dia memberikan jawapan Tun Dr Mahathir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai rakyat Malaysia, adalah penting bagi seseorang itu untuk cakna dan mengambil tahu mengenai isu atau perkara yang sedang berlaku dalam negara ini.

Walaupun terlalu banyak perkara yang berlaku namun setidaknya individu haruslah mengetahui perkara asas sebuah negara.

Antaranya seperti bilangan negeri di Malaysia, tarikh kemerdekaan ataupun nama-nama Perdana Menteri. Namun, tidak semua orang yang peka dan ingat tentang perkara penting ini.

Tun Dr Mahathir Adalah Perdana Menteri Sekarang?

Ini dapat dilihat menerusi satu eksperimen sosial yang dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang bertanyakan kepada pengunjung sebuah pusat membeli belah tiga soalan asas berkaitan Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @boonho, kelihatan lelaki itu pada mulanya sedang mencari individu untuk menjawab soalan yang bakal diajukan namun individu perlu memilih satu nombor bermula satu hingga tiga terlebih dahulu sebelum diajukan soalan.

Sekiranya individu yang disoal berjaya menjawab soalan, mereka akan diberi ganjaran wang tunai sebanyak RM300.

Melalui video berkenaan, dapat dilihat beberapa pengunjung gagal memilih nombor yang telah ditetapkan oleh pemuda itu.

Setelah beberapa ketika, seorang gadis berjaya memilih nombor yang tepat sebelum lelaki itu menyoalnya tentang siapa Perdana Menteri Malaysia pada ketika ini.

Namun, jawapan yang diberikan oleh gadis berkenaan nyata mengejutkan ramai pihak. Dia dengan yakinnya memberikan jawapan akhir bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia pada ketika ini.

Pada mulanya, dia menjawab Datuk Seri Anwar Ibrahim namun kerana tidak yakin dengan jawapan itu, dia memberikan jawapan Tun Dr Mahathir.

“Anwar? Eh bukan, Tun Mahathir. Lupa dah apa nama dia. Confirm, Tun Mahathir,” kata gadis berkenaan.

Walaupun jawapan yang diberikan salah namun gadis itu tetap mendapat RM50 kerana mengikuti akaun lelaki tersebut.

Ada Juga Berjaya Beri Jawapan Betul

Walau bagaimanapun, ada pengunjung yang berjaya menjawab tiga soalan dengan tepat dan berjaya memperoleh wang tunai sebanyak RM300.

Malah, pengunjung yang berjaya menjawab soalan itu tidak menyangka dengan hanya menjawab soalan mudah, dia berjaya mendapat hadiah tersebut.

Jawapan Tarik Perhatian Pengguna TikTok

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata penggguna terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh gadis berkenaan.

Kebanyakan daripada mereka tidak menyangka gadis itu boleh memberikan jawapan sedemikian kerana ia sepatutnya perkara asas yang perlu diambil tahu.

Malah, ada yang mempersoalkan jawapan gadis itu yang dilihat tidak cakna dengan isu semasa negara ini.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Pasti Adik Yang Cakap Mahathir Kejap Anwar Tu Tak Kisah Politik Dalam Negara”

“Confident Ye Tun Mahathir”

“Generasi Sekarang Memang Tak Ambil Kisah Ke?

“Mahathir? Akak Tu Mimpi Ke Sekarang Dah Tahun 2024”

“Aku Rasa Akak Tu Tak Update Lagi Sistem Dia”

“Aku Kalau Jadi Yang Jawab Tun Tu, Lepas Ni Keluar Memang Pakai Mask, Bukan Dia Tanya Nama Menteri Afrika Pun”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sedih, Anak Muda Tak Tahu Siapa Manusia Pertama Yang Azan Di Muka Bumi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Sedih Tengok Budak-Budak Sekarang” – Gen Z Tidak Kenal Pak Lah Tapi Tahu Alif Teega [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Respon Gen Z Menyedihkan, Kenal Lisa Blackpink Tapi Tak Kenal Tunku Abdul Rahman [VIDEO]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.