Isu Ustaz ‘Direhatkan’, Nabil Ahmad Buat Permohonan Maaf

Semalam (20 Jun), pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu hantaran di media sosial.

Menerusi posting yang dimuat naik di akaun Instagram @nabilzira, Nabil berkata, dia memohon maaf jika kata-katanya telah mengundang rasa tidak selesa dan menyinggung mana-mana individu.

“Assalamualaikum semua, saya Nabil Ahmad, di bulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai kata ada ayat saya mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu,” katanya.

Nabil akan lebih berhati-hati di masa akan datang

Pelawak dan pelakon yang berusia 40 tahun itu juga berkata akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di masa akan datang.

“Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Nabil tidak menjelaskan secara terperinci sebab utama permohonan maaf yang dibuat oleh dirinya itu.

Nabil mohon maaf kerana back up ustaz direhatkan?

Memindai ke ruangan komen dalam hantaran terbabit, rata-rata pengguna media sosial berpendapat bahawa permohonan maaf yang dibuat pelawak itu adalah berkait dengan kenyataannya baru-baru ini yang mengulas isu ustaz direhatkan.

Sebelum ini, Nabil mencuri perhatian ramai selepas meluahkan pandangannya yang tidak bersetuju dengan isu pendakwah terkenal direhatkan daripada sebuah program.

“Kita melalui zaman di mana uztaz-ustaz kita diuji. Orang-orang baik sedang diuji. Contohnya sekarang ramai ustaz direhatkan.

“Ini bila orang yang terlebih bijak dan pandai buat penghasutan padahal benda tu ada kebenarannya, kalau tak benar pun boleh diperbincangkan dengan baik,” kata Nabil dalam program MeleTOP baru-baru ini.

Klip rakaman tersebut kemudiannya tular di media sosial sekali gus mendapat kecaman ramai pihak.

Ustaz Don direhatkan terus dari Program Salam Baitullah

Terdahulu, pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal ‘direhatkan terus’ daripada program Salam Baitullah kendalian RTM selepas dakwaannya yang diragui mengenai kelebihan memandang guru hingga mencetuskan kecaman.

Sebelum isu tersebut, Nama Ustaz Don sudah mula hangat diperkatakan selepas dia memberi kenyataan berhubung kisah antara Nabi Muhammad SAW dan Ummu Hani’ sehingga mendapat perhatian pihak Mufti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Baca Artikal Berkaitan: Baru Sahaja Kembali, Ustaz Don ‘Direhatkan Terus’ Dari Program Salam Baitullah

Baca Artikel Berkaitan: Tular Isu Kisah Nabi, JAKIM Akan Dapatkan Penjelasan Ustaz Don

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago