Lebih 70,000 Tentera Israel Hilang Upaya Dengan 9,539 Alami Gangguan Mental Akibat Perang

Walaupun telah hampir enam bulan berlalu, tiada tanda-tanda Israel akan berhenti membuat serangan dan melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Malah rejim Zionis itu dilihat terus melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza ketika umat Islam yang lain sedang menyambut Hari Raya Aidiladha.

Serangan itu menyebabkan bilangan penduduk Palestin yang terkorban menjadi 37,372 dan 85,452 lagi mengalami kecederaan.

Bagi pihak yang menyokong rejim Zionis, ia dilihat sebagai satu kejayaan. Namun hakikatnya mereka turut menerima kesan akibat daripada perbuatan kejam itu.

Tentera Israel Alami Gangguan Kesihatan Mental Selepas Serangan

Sejak serangan dilancarkan pada 7 Oktober yang lalu, lebih 70,000 orang tentera Israel mengalami kecacatan termasuk 8,683 mengalami kecederaan.

Berdasarkan Middle East Monitor yang memetik Saluran 7 Israel, bilangan ini sedang menerima rawatan di Pusat Pemulihan Kementerian Pertahanan dengan 35% daripada mereka mengalami kesihatan mental manakala 21% lagi mengalami kecederaan fizikal.

Saluran tersebut turut mengatakan pusat pemulihan kementerian itu sedang bersedia untuk menerima tambahan 20,000 orang tentera yang cedera pada hujung tahun ini.

Jelas saluran itu lagi, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Persatuan Perubatan Israel menunjukkan lebih 1,000 orang tentera dimasukkan ke wad pada setiap bulan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah tersebut, 95% daripadanya merupakan lelaki dengan 70% merupakan tentera simpanan serta separuh daripadanya berumur dalam linkungan 18 hingga 30 tahun.

“Hasil analisis yang dijalankan oleh pakar menunjukkan kira 40% daripada tentera yang cedera bakal mengalami gangguan kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan melampau serta mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan menyesuaikan diri.

“Daripada 70,000 tentera Israel yang hilang upaya dan dirawat di pusat pemulihan, 9,539 anggota menderita gangguan tekanan selepas trauma (PTSD),” katanya.

Ada Yang Ambil Jalan Dengan Cara Bunuh Diri

Terdahulu, seorang anggota tentera Israel yang dikenali sebagai Elran Mizrahi yang mengalami PTSD dan dua kecederaan fizikal didakwa membunuh diri.

Ia berikutan selepas dia dipanggil untuk kembali berperang yang menunjukkan bahawa dia menjadi antara mangsa yang mengalami tekanan akibat operasi ketenteraan.

Malah, kajian pada Mac yang lalu mendakwa kira-kira 500,000 penduduk Israel berisiko diserang PTSD selepas kempen pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Walaupun pasukan tentera rejim Zionis terpaksa menanggung derita akibat sakit mental, namun kepimpinan mereka dilihat tetap meneruskan serangan ke atas Gaza demi mencapai matlamat utama menghapuskan Hamas.

Baca Artikel Berkaitan: Tentera Israel Mula Pam Air Laut Ke Dalam Terowong Hamas Di Gaza

Baca Artikel Berkaitan: Israel Setuju Gencatan Senjata 4 Hari, Mahu 50 Tebusan Dibebaskan

Baca Artikel Berkaitan: Israel Bom 2 Sekolah Di Gaza, Lebih 200 Rakyat Palestin Terbunuh & Cedera [Video]

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago