Lelaki Malaysia Didenda Selepas Kotorkan Baju Wanita Di Singapura Dengan Campuran Air Kencing & Tepung

Setiap individu pastinya mempunyai tahap kebolehan interaksi yang berbeza-beza.

Bagi seorang yang introvert mungkin adalah sukar untuk mereka memulakan perbualan disebabkan perasaan malu dan pelbagai lagi.

Oleh itu, pelbagai cara cuba dilakukan untuk cuba berbual dengan seseorang khususnya jika seseorang itu adalah individu yang diminati atau sebagainya.

Lelaki guna taktik kotor, sembur baju wanita dengan campuran air kencing & tepung

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki warga tempatan apabila dia dengan sengaja mengotorkan pakaian wanita dengan campuran air kencing dan tepung.

Tindakan itu dilakukan lelaki berkenaan sebagai cara untuknya memulakan perbualan dengan wanita dari Singapura tersebut.

Susulan itu, pada 20 Jun lalu lelaki yang dikenali sebagai Tan Jun Hao berusia 31 tahun kemudiannya telah didenda sebanyak $1,200 (RM4,179) selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap salah seorang wanita.

Memetik laporan The Straits Times, lelaki berkenaan telah mengekori wanita berusia 26 tahun sewaktu dia menaiki eskalator dari stesen MRT Lebuhraya Nicoll jam 8.30 malam pada 9 April yang lalu.

Pancut campuran ketika wanita sedang berjalan

Lelaki itu kemudiannya telah bertindak memancutkan (spray) campuran tersebut yang disimpan dalam botol plastik kecil ke arah pakaian wanita terbabit semasa dia berjalan di sepanjang jambatan berdekatan.

Namun Tan tidak berhenti untuk bercakap dengan wanita berkenaan sebaliknya hanya berjalan melepasinya.

Sangka najis burung kerana bau

Awalnya wanita itu menyangka kotoran pada bajunya itu adalah najis burung disebabkan baunya. Namun kotoran itu menjadi semakin besar semasa dia cuba untuk mengelapnya dengan tisu.

“Tertuduh berniat untuk memancutkan campuran itu pada pakaian wanita, terutama wanita muda yang memakai seluar berwarna gelap dan kemudian memaklumkan bahawa pakai mereka telah kotor.

“Dia ingin mencipta peluang untuk bercakap dengan para wanita berkenaan.

”Dia juga telah menyediakan pewarna merah dari rumah dengan tujuan untuk dicampurkan bersama cecair itu,” kata Timbalan Pendakwa Raya Yap Jia Jun.

Akui pernah buat tindakan sama kepada dua mangsa lain

Tan turut mengakui bahawa dia telah melakukan tindakan sama kepada dua lagi mangsa yang tak dikenali.

Walau bagaimanapun, dokumen mahkamah tidak menyatakan lebih lanjut bagaimanakah Tan berjaya dikesan sebelum akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa.

Recent Posts

  • Trending

Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan…

11 hours ago
  • Trending

Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu…

11 hours ago
  • Trending

“Keluar Dari Kedai Saya”- Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel [Video]

Menerusi video, pemilik restoran di Vietnam itu telah menghalau pelancong tersebut keluar daripada kedainya dan…

11 hours ago
  • Trending

“Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya…

12 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Lebih Had Umur Bekerja, Cikgu Tadika Diminta Bayar Semula RM21,000 Kepada Kerajaan

Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar…

12 hours ago
  • Trending

Kucing Minta Dibelai Guna Kaki, Tak Suka Orang Sentuh Guna Tangan Raih Perhatian Ramai [Video]

Kucing jenis campuran Bengal dan British Short Hair (BSH) itu juga gemar mengikuti tuannya dan…

13 hours ago