fbpx
Now Reading
Penunggang Motosikal & Lelaki Dukung Bayi Dilanggar Kereta Yang Terlibat Kemalangan [Video]

Penunggang Motosikal & Lelaki Dukung Bayi Dilanggar Kereta Yang Terlibat Kemalangan [Video]

Menerusi video, kelihatan lelaki yang memegang bayi segera bangun dan berlari ke tepi sebaik kereta hitam yang terlanggarnya berundur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Insiden kemalangan di jalan raya sering kali berlaku dan sukar untuk dijangka.

Meskipun telah berhati-hati dan berada di tempat yang selamat namun kemalangan masih boleh berlaku ekoran daripada kesilapan pengguna jalan raya yang lain.

Pemandu rempuh penunggang motosikal dan lelaki pegang bayi

Perkara sama turut berlaku kepada seorang pemandu kereta yang secara tidak sengaja telah merempuh dua individu yang sedang berada di hadapan sebuah kedai.

Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), awalnya kelihatan sebuah Perodua Axia yang sedang menunggu untuk keluar dari simpang tiga yang bertentangan dengan kedai. Manakala sebuah lagi kenderaan berwarna hitam sedang bergerak laju berada di jalan lurus.

Namun sebaik kereta hitam menghampiri simpang terbabit Perodua Axia itu secara tiba-tiba bertindak keluar dari simpang hingga mengakibatkan kemalangan.

Kereta tersasar selepas bertembung dengan Axia yang keluar simpang jalan

Impak dari pelanggaran menyebabkan kereta hitam itu meluncur lalu merempuh seorang lelaki yang sedang mendukung bayi dan penunggang motosikal yang kebetulan berada di hadapan pintu kedai runcit berkenaan.

Rempuhan telah menyebabkan penunggang dan lelaki memegang bayi itu terjatuh, selain cermin kaca di kedai berkenaan turut pecah.

Walau bagaimanapun, lelaki yang memegang bayi itu segera bangun dan berlari ke tepi sebaik kereta diundurkan sebelum sterlanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diparkir di tepi jalan.

Tidak lama kemudian, kelihatan pemandu kereta hitam yang dipercayai seorang warga emas turut keluar dari kenderaannya.

Difahamkan lelaki dan bayi selamat

Insiden yang tular di X dipercayai berlaku di Jerteh, Terengganu pada 17 Jun lalu sekitar jam 12.41 tengah hari. Menerusi kapsyen pada hantaran video difahamkan lelaki dan bayi berkenaan dilaporkan selamat.

Melihat di ruangan balas ramai yang mengatakan tindakan pemandu Axia keluar dari simpang secara melulu adalah sesuatu yang tidak patut kerana telah menyebabkan kemalangan.

Ada juga yang memberi pandangan lelaki memegang bayi itu memberi reaksi yang lambat dan sepatutnya boleh menyelamatkan diri dengan masuk ke kedai berkenaan.

Namun ada yang mengakui ia adalah sesuatu ia sukar untuk dijangka dan spontan.

“Sakit hati yang mangsa tu orang tua, ayah dan bayi”

“Ada 4 saat untuk lari masuk kedai”

“Bengang juga tengok reaksi abang bawa bayi tapi tulah kalau kita kena pun tak jangka reaksi kita macam mana”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.