“Power!”- Ramai Kagum Lihat Kehebatan Individu Kawal Dron & Rakam Visual Dengan Hanya One Take [Video]

Kemajuan teknologi pada masa kini sememangnya memudahkan ramai orang. Ini kerana terdapat banyak perbezaan dan perubahan yang dapat dilihat dengan kemajuan ini.

Jika dahulu, individu hanya bergantung kepada peta untuk mencari arah. Namun, kecanggihan teknologi terkini memudahkan individu untuk menuju ke destinasi yang dituju dengan hanya menggunakan aplikasi seperti Waze atau Google Maps.

Begitu jugalah dengan perubahan peralatan seperti kamera. Pada satu ketika dahulu, orang ramai hanya boleh merakam video melalui kamera biasa dan rakaman yang dibuat adalah terhad.

Kini, dengan kemajuan teknologi dan alat seperti dron memudahkan lagi individu untuk mendapat rakaman visual yang berkualiti dan cantik. Namun, semua ini bergantung kepada kemahiran individu itu sendiri.

Rakam Video Dengan Hanya ‘One Take’

Baru-baru ini, tular di platform TikTok video yang memaparkan sebuah dron merakam visual secara one take di salah sebuah Pusat Jualan dan Servis Perodua.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @curiousnahida, kelihatan dron itu dikawal oleh seorang individu yang digelar sebagai pilot dron.

Apa yang menarik perhatian adalah dron itu dikawal dari pintu hadapan pusat jualan tersebut sehingga ke bahagian pusat servis yang terletak di belakang premis dengan hanya sekali rakaman tanpa sebarang kesilapan.

Malah, ketika dron itu sedang masuk ke bahagian dalam kereta melalui pintu dan tingkap kenderaan yang dipamerkan di pusat jualan itu, individu itu dilihat berjaya mengawal dron tersebut walaupun sedang melalui ruang yang sempit.

Turut kelihatan dron itu melalui tingkap di bahagian pusat servis premis berkenaan serta melalui betul-betul di bawah kipas yang terdapat di bahagian bengkel dalam premis berkenaan.

Difahamkan, rakaman video itu diambil di Pusat Jualan dan Servis Perodua Dato Onn, Johor Bahru menggunakan dron jenis First Person View (FPV).

Pemuda itu yang berperanan sebagai juruterbang menggunakan kamera yang dipasang pada dron dan mengawalnya serta melihat kawasan sekitar menggunakan cermin mata reality maya (VR)

Video Buat Pengguna TikTok Kagum

Video yang telah mendapat lebih 450,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna TikTok memuji dan mengagumi kehebatan individu mengawal dron dan dilihat berjaya merakam visual tanpa gagal.

Malah, ada yang tidak sabar mahu melihat hasil video yang diambil oleh pemuda berkenaan serta kumpulannya ketika merakam momen di Pusat Jualan dan Servis Perodua itu.

Tunjuk Hasil Video Di Akaun Instagram

Hasil semakan kami mendapati dron itu diterbangkan oleh pemuda yang dikenali sebagai Xiao Yang. Xiao Yang merupakan seorang juruterbang dron yang mendapat pensijilan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Menerusi Instagram rasmi milik Xiao Yang, lelaki itu ada menunjukkan di sebalik tabir pembikinan video tersebut serta hasil video berkenaan untuk tatapan umum.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Pehh, Power Betul Pilot Dia”

“Ini Memang Surrr”

“Power Betul Yang Control Dron Ni”

“Part Dekat Bengkel Tu Memang Gerun Tapi Power”

“Aku Dok Tengok Janganla Kena Cermin Kereta Pelanggan, Tapi Gempak Video Ni Dari Drone FPV”

Baca Artikel Berkaitan: Dron Selamatkan Dua Mangsa Lemas Di Australia

Baca Artikel Berkaitan: Dron Ciptaan Pelajar UTeM Menang Pingat Emas Di WiCO 2021, Korea Selatan

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

22 hours ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago