fbpx

Ustaz Yaakub Pulangkan Semula Daging Korban Selepas Wanita Tak Puas Hati Dengan Pembahagian [Video]

Menurut Ustaz Yaakub, dia kemudian bertindak untuk memulangkan semula bahagian korban wanita berkenaan dan mendoakan yang terbaik buatnya selain menjadikan itu sebagai pengajaran buat semua.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kelaziman apabila melakukan korban di masjid atau bersama satu organisasi khas pasti ia mempunyai ketetapan tertentu.

Sebagai contoh ada yang memberikan semua daging untuk diagihkan kepada orang ramai dan sebagainya.

Wanita luah tak puas hati dengan pembahagian daging korban dan tak halalkannya

Baru-baru ini, Ketua Pengawai Eksekutif, Yayasan Murtadha Berhad (MADAD) iaitu Ustaz Mohammad Yaakub Yusra memaklumkan dia terpaksa memulangkan semula seekor lembu yang sudah dikorbankan kepada seorang wanita.

Perkara itu dilakukan Ustaz Yaakub selepas wanita berkenaan meluahkan rasa ketidakpuasan hati menerusi mesej terhadap pembahagian daging korban yang dilakukan MADAD sehingga tidak mahu menghalalkannya.

“Ada seorang hamba Allah SWT ini, punyalah pelik dia mesej saya, dia cakap tak halalkan daging lembu korban yang dia bagi dekat MADAD.

“Kami tanya kenapa? Dalam akad kita dah maklum 1/3 (daging korban) kita bagi kepada penama orang yang masuk bahagian, lagi 2/3 kita bagi dekat orang. Bukan kami ambil,” katanya.

Ustaz Yaakub pulangkan semula daging dan bahagian wanita terbabit

Malah Ustaz Yaakub turut mengatakan dia tidak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab seperti menjual di pasar raya atau sebagainya.

“Jadi tuan puan, dia mesej kata tak halal, apa benda semua, ustaz buat benda tak betul. Dia kata tak halal satu bulu pun tak boleh. Maka tuan-tuan, jadi berkat tasyrik (hari tasyrik) ni kita pun tak mahu bergaduh.

“Kita kata kak tak apa kita bagi semua bahagian kak, kita ganti balik. Saya minta team ganti semula tak apa. Ni kita packing balik, telinga lembu ni pun kita bagi dekat dia. Pakej bukan satu, kita bagi dua (telinga).

“Haa ni boleh buat pakai dekat rumah, lepas tu bulu-bulu (lembu) saya minta mereka (team) kutip, kita letak dalam satu plastik. Kak ambil bawa balik,” jelasnya lagi yang kelihatan kecewa.

Turut ingatkan orang ramai baca dan fahami akad yang diberikan

Dia juga turut mengingatkan orang ramai selepas ini jika ingin membuat korban untuk membaca dan memahami apa yang telah dituliskan setiap butiran di dalam akad.

Selain itu, dia juga menegaskan tidak mengambil sebarang keuntungan mahupun populariti daripada sembelihan korban yang dilakukan oleh MADAD, sebaliknya ia dibuat untuk memberikan manfaat kepada orang ramai.

“Kalau kak buat korban 100% nak (daging dan organ), perut pun nak. Awak semua tengok macam mana bersihkan perut tu. Macam nak ‘mampus’ (terlalu renyah dan susah) tu kan.

“Dia kata semua dia nak, termasuk paru, kuku, kaki segala bendalah yang ada dekat lembu tu dia nak. Saya doakan kak, tapi lepas ni kalau macam tu kak buat sendiri. Sembelih sendiri, lapah sendiri semua sendiri.

“Sebab korban ni kenapa makna dia korban sebab kita nak beri manfaat tu kenapa orang bukan kepada MADAD.”

@yaakubyusra

Replying to @mohdazainiabdullah iyaa semua ikhlas datang membantu,nak harap kan team madad semua kami pon belajar-belajar lagi#murtadhadakwahcentre #korban #madad

♬ original sound – Ustaz Yaakub Yusra – Ustaz Yaakub Yusra

Jadikan pengajaran untuk semua, doa yang terbaik untuk wanita terbabit

Menurut Ustaz Yaakub lagi, kumpulannya sendiri tidak mengambil walau satu pun daging-daging yang sudah dikorbankan selain memaklumkan perkara itu adalah satu pengajaran buat mereka.

Malah dia turut mendoakan yang terbaik buat wanita berkenaan serta meminta semua turut menjadikannya pengajaran.

“Pesan untuk semua, kita buat korban ni jangan ambil terlalu banyak. Nabi SAW ketika buat korban, baginda hanya ambil segengam untuk dimakan manakala yang lainnya diberikan kepada orang ramai. Itu yang sebaik-baik, yang paling berkat ya,” ucapnya lagi.

Di ruang komen, Ustaz Yaakub turut menjelaskan dia tidak marah kepada wanita berkenaan sebaliknya turut berhubung denganya secara baik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.