Bagi acara Sukan Olimpik 2024 yang bakal berlangsung di Paris pada 26 Julai sehingga 11 Ogos, beberapa atlet Malaysia telah berjaya menempatkan diri mereka untuk bertanding.
Sebelum keberangkatan atlet ke Paris, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah melancarkan baju rasmi yang akan diperagakan oleh ahli sukan terlibat dalam temasya peringkat antarabangsa itu.
Pakaian seragam berkenaan dipakai pada sebuah patung lelaki dan perempuan untuk dipersembahkan kepada masyarakat umum semasa majlis pelancaran semalam (23 Jun) di The Exchange TRX.
Walau bagaimanapun, pakaian dari Yonex Sunrise Malaysia dengan bertemakan warna hitam dan emas telah mendapat pelbagai reaksi kurang senang dari orang ramai.
Ada yang mendakwa bahawa rekaan baju berkenaan seolah-olah dibuat seperti ala kadar dan mereka turut menyamakannya seperti pakaian sukan yang ditempah untuk murid sekolah.
Situasi ini membuatkan sesetengah masyarakat di media sosial berasa kecewa kerana pakaian rasmi untuk mewakili Malaysia di pentas dunia sepatutnya dihasilkan dengan penuh kreatif bagi mencerminkan nilai negara kita.
Bukan itu sahaja, beberapa pengguna media sosial turut memberi sindiran kononnya baju rasmi negara tidak mempunyai corak harimau berikutan jumlah haiwan tersebut yang sudah semakin pupus.
Pada masa yang sama, mereka turut mempertikaikan warna bendera Malaysia yang dikatakan telah ditukar pada baju tersebut.
Peka dengan reaksi yang diberikan oleh orang ramai, Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook miliknya.
Hannah berkata pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengambil maklum tentang isu reka bentuk pakaian rasmi melibatkan kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Jelasnya lagi, KBS tidak membuat sebarang keputusan dalam pemilihan reka bentuk pakaian rasmi tersebut.
Penentuan pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik adalah bidang kuasa Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selaku Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (National Olympic Committee) yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (International Olympic Committee) sejak 1954.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Hannah memaklumkan juga bahawa baju berkenaan disediakan oleh syarikat Yonex yang telah menandatangani kontrak selaku penaja rasmi MOM.
Pakaian rasmi Kontinjen Malaysia disediakan oleh syarikat Yonex yang mempunyai kontrak selaku penaja rasmi MOM dan reka bentuknya diluluskan oleh Lembaga Pengarah MOM yang mengambil inisiatif menggunakan rekabentuk baru khas bagi temasya di Paris nanti.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Seramai 21 orang atlet Malaysia yang akan beraksi di Sukan Olimpik 2024 di Paris pada bulan hadapan bagi lapan jenis sukan yang dipertandingkan.
Antaranya:
1. Memanah
2. Badminton
3. Berbasikal
4. Menyelam
5. Belayar
6. Menembak
7. Angkat berat
8. Golf
Lagu ‘UiTM Di Hatiku’ itu menjadi trending dan digunakan sebagai muzik latar dalam video TikTok…
Selain ditahan, telefon bimbit milik pelawak itu dan isterinya turut dirampas untuk membantu siasatan.
Pemakaian batik Malaysia berlengan panjang dalam kalangan ahli parlimen ketika menghadiri persidangan Dewan Rakyat telah…
Lebih menarik lagi, AOS 2024 akan berkolaborasi dengan kelab bola sepak Selangor FC (SFC) dalam…
Dalam video cabaran itu, selain lelaki berkenaan beberapa rakannya turut memakai bathrobe ketika berjalan di…
Ketika ditanya sebab Malaysia menjadi negara pilihannya untuk melancong, wanita itu menyatakan kerana namanya sendiri.