fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Lif 30 Minit, Bapa Tak Sempat Masuk Pintu Dah Tutup Dengan Cepat [Video]

Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Lif 30 Minit, Bapa Tak Sempat Masuk Pintu Dah Tutup Dengan Cepat [Video]

Menerusi video kelihatan seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak yang terperangkap memberikannya coklat untuk menenangkan si kecil ketika berada dalam lif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan kejadian seperti terperangkap di dalam lif adalah perkara yang amat menakutkan.

Malah ia turut membuatkan individu khususnya kanak-kanak yang terperangkap di dalam lif berkenaan panik sementara menunggu bantuan, selain boleh mengakibatkan trauma.

Kanak-kanak terperangkap dalam lif

Perkara sama turut berlaku kepada seorang kanak-kanak selepas dia terperangkap selama 30 minit di dalam lif.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @its_meell21 di TikTok, awalnya kelihatan orang ramai telah berkerumun di hadapan sebuah lif yang dipercayai rosak.

Turut kelihatan terdapat pengawal keselamatan yang berada di depan pintu lif bersama seorang wanita.

Hubungi pihak bertanggungjawab untuk dapatkan bantuan

Manakala seorang lagi wanita yang memakai baju berwarna biru sedang sibuk menghubungi pihak bertanggungjawab untuk meminta bantuan kerana terdapat kanak-kanak terperangkap di dalam lif berkenaan.

Menurut perakam video berkenaan, kanak-kanak terbabit telah terperangkap di dalam lif sekitar 30 minit.

“Budak ni stuck (terperangkap) dalam lift, dah 30 minit tak boleh keluar. Maintenance (pihak penyelenggaraan) pula tak ada dekat tempat kejadian,” tulisnya dalam video tersebut.

Pintu lif terbuka kerana sempat ditahan menggunakan kaki

Namun mereka bernasib baik kerana sewaktu kanak-kanak itu terperangkap pintu lif dilihat sedikit terbuka selepas sempat ditahan menggunakan kaki.

“Untuk para ibu bapa yang ada anak kecil, kena berhati-hati ya. Kebetulan pula lif ni memang laju sangat tertutup.

“Bapak dia tak sempat nak masuk pintu dah tutup, Nasib baik tersekat dengan kaki jadi pintu boleh terbuka sikit,” kata pemilik video lagi di ruang kapsyen.

@its_meell21

Untuk mommy2 yg ad budak kecik, Kne berhati2 yaa Kebetulan pulak lift ni memang laju sangt tertutup, Bapak dia x sempat nk masuk pintu dah tutup, nasib baik tersekat dgn kaki so boleh pintu dapat terbuka sikit . Sian budak nya panic 🥹

♬ original sound – its_meEll21 – its_meEll21

Ibu beri coklat untuk tenangkan si kecil

Seorang wanita yang dipercayai ibu si kecil sedang duduk di depan pintu sambil memberikan coklat kepada kanak-kanak di dalam lif menerusi celahan pintu untuk menenangkannya.

Di ruang komen, perakam turut memaklumkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat cuma hanya menangis kerana takut.

Ramai simpati nasib menimpa anak kecil

Melihat di ruangan komen, ramai yang kasihan dengan nasib menimpa kanak-kanak berkenaan.

Ada juga segelintir berkongsi perasaan takut menaiki lif kerana bimbang berlaku kejadian seperti terperangkap dan sebagainya. Malah lebih rela menggunakan tangga berbanding lif.

Tidak kurang juga ada yang memberikan tips perkara boleh dilakukan jika terperangkap di dalam lif.

“Inilah yang saya takut nak masuk lif je. Saya terbayang tersepit, terbayang lif jatuh, bila guna lif saya laju masuk dan laju keluar dari lif, sebab datang perasaan cemas”

“Nasib ada ruang dapat lah tengok anaknya sementara tunggu bantuan”

Apa yang harus dilakukan jika anda terperangkap di dalam lif

#1 Bertenang


Bertenang dan jangan panik. Ini adalah tips yang paling utama dan paling penting. Dengan bertenang atau panik barulah kita dapat berfikir secara waras apa yang patut kita lakukan.

#2 Interkom


Jika lif anda mempunyai interkom (butang ikon gangang) tekan butang tersebut dan laporkan kepada pusat kawalan. Biasanya lif yang mempunyai pusat kawalan mempunyai butang ini namun ada juga lif yang tidak mempunyainya.

#3 Loceng

Tekan loceng sekerap yang mungkin untuk memaklumkan kepada orang di luar bahawa anda telah terperangkap. Tekan butang loceng ini sekerap yang mungkin supaya orang ramai tahu ada mangsa di dalam lif.

#4 Telefon atau SMS


Dalam lif biasanya tiada litupan talian telefon tapi tak salah untuk anda mencuba. Cuba mencari titik yang mempunyai litupan telefon, cuba cari di genap ruang lif. Kadang-kala ada titik yang mempunyai sedikit litupan talian telefon yang akan membenarkan anda untuk berkomunikasi dengan orang di luar. Hubungi pihak Bomba.

#5 Duduk


Kalau boleh duduk di atas lantai lif, jangan berdiri sebaiknya. Ini adalah bagi mengurangkan impak atau kesan kepada anda jika lif itu jatuh bebas. Ini juga dapat membantu anda untuk bertahan dalam keadaan oksigen yang terhad.

#6 Jangan panjat atau buka pintu kecemasan

Jangan cuba untuk memanjat dan membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian atas lif. Sila tunggu sehingga anda diselamatkan dan tunggu arahan selanjutnya dari pengendali lif.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.