Rider Motosikal Dikecam, Selamba Borak Atas Jalan Tapi Berang Selepas Dipotong Kereta Dari Tepi [Video]

Jalan raya merupakan salah satu daripada kemudahan awam yang digunakan oleh setiap pemandu dan penunggang untuk bergerak menuju ke destinasi yang ingin dituju.

Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang bersikap tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri sehingga mendatangkan kesusahan atau bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Penunggang motosikal berang kena potong kereta dari kanan

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang penunggang motosikal berang selepas sebuah kereta memotongnya dari kanan di sebuah jalan berhampiran Kompleks Tabung Haji KLIA di Sepang, Selangor.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @fortyfourx44, penunggang lelaki berkenaan pada awalnya dilihat menunggang secara perlahan di tengah-tengah jalan raya didakwa sambil berbual bersama rakannya yang juga penunggang motosikal di sebelahnya.

Tindakan kedua-dua penunggang terbabit menyebabkan lorong tengah dan lorong kanan sedikit terhalang oleh motosikal mereka yang bergerak secara perlahan.

Pemandu terpaksa potong, dua penunggang berbual di tengah jalan

Susulan itu, pemandu terbabit terpaksa memotong motosikal berkenaan dengan merapatkan kenderaannya ke bahagian kanan jalan.

Tidak hanya itu, sebuah kereta jenis Range Rover Evoque berwarna putih yang berada di lorong tengah terpaksa berganjak sedikit ke kiri agar tidak melanggar motosikal terbabit.

Namun, tindakan pemandu berkenaan memotong penunggang terbabit menyebabkan lelaki itu berasa berang dan bertindak mengejarnya sehingga ke susur keluar berdekatan Movenpink Hotel dan Convention Centre KLIA.

Penunggang salahkan pemandu kereta, bawa secara berbahaya

Penunggang terbabit sebaliknya menyalahi pemandu kereta berkenaan kerana mendakwa telah memotongnya secara berbahaya.

“Kau apahal bawa kereta macam ni bang? Aku naik motor kot, kau ingat kau sorang je ada kereta, tak puas hati berhenti tepi sekarang,” kata penunggang terbabit sambil menjerit.

Pemandu kereta terbabit pula sebaliknya hanya menjawab dalam keadaan tenang selain berpesan kepada penunggang itu agar tidak berbual di tengah jalan dan menunggang secara berhati-hati.

Pertengkaran itu berakhir selepas penunggang motosikal yang tidak berpuas hati itu berlalu pergi.

@fortyfourx44

“Ko ingat ko sorang ade kete?” Hmm.. Pagi pagi kereta banyak, dia layan borak tengah jalan makan 2 lane, dia pulak yang marah. #motorsentiasabetul #roadragemalaysia #malaysia #fyp #fypmalaysia

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Orang ramai kecam penunggang motosikal kerana halang laluan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi kecaman kepada penunggang terbabit kerana menghalang laluan jalan dengan berbual dengan rakannya di sebelah.

Malah, kebanyakan orang juga meminta pemandu terbabit untuk menyerahkan bukti rakaman dashcam ini kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk tindakan lanjut.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago