“Rindu Ayah”- 10 Bulan Terpisah Kerana Kerja Di Dubai, Kanak-Kanak Menangis Sebaik Nampak Kelibat Bapa [Video]

Sudah menjadi kewajipan buat setiap yang bergelar suami dan bapa untuk keluar mencari nafkah buat keluarganya.

Ada yang terpaksa berjauhan ratusan dan ribuan kilometer untuk mencari rezeki namun perkara itu tetap digagahi jua asalkan insan tersayang hidup selesa.

Malah perkara itu turut membuatkan mereka terpaksa menahan rindu yang sangat mendalam kepada anak-anak termasuklah suami atau isteri.

Bapa dan anak terpaksa berjauh 6,000 km kerana kerja di Dubai

Perkara sama turut dirasai oleh dua beranak ini, apabila si bapa terpaksa berjauhan sejauh 6,000 kilometer kerana bekerja di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Cef Muhammad di TikTok, yang juga bapa kepada kanak-kanak berkenaan mereka sudah tidak berjumpa sekitar 10 bulan dan hanya berhubung dari jauh.

Dalam video itu, kelihatan hari yang dinanti telah tiba apabila anak perempuan, Hayfa dilihat sudah menunggu bapanya di sebuah lapangan terbang di negara ini.

Panggil ayah sebaik nampak kelibat di lapangan terbang

Sebaik melihat kelibat si bapa, anak kecil itu segera berlari sambil memangil ‘ayah, ayah, ayah’ dan menangis.

Muhammad kemudiannya segera mendukung dan memeluk si kecil berkenaan untuk menenangkannya.

Si kecil luah rasa rindu pada ayah lepas 10 bulan tak jumpa

Apa yang lebih menyentuh hati apabila si kecil itu meluahkan pada bapanya yang dia merindukannya.

“Hayfa rindu ayah,” ujarnya sambil menangis.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan si bapa rasa bersalah kerana terpaksa membiarkan Hayfa menanggung rindu yang lama dan berharap suatu hari dia akan faham pengorbanan yang dilakukan.

“Sorry baby, sorry kena lalui semua ni. Nanti dah besar awak akan faham kenapa ayah buat semua ni. Semuanya untuk keluarga kecil kita,” kata Cef itu.

@chefmuhammad95

10 months LDR DXB✈️KUL 6000km 7h30m flight. sorry semua kalau buat korang nangis 😁 #kualalumpur #dubai #dxb #klia #🇲🇾 #🇦🇪

♬ Sumpah Dan Cinta Matiku – NIDJI

Gembira lepas ayah balik ke Malaysia

Muhammad dalam masa sama turut menunjukkan kegembiraan anaknya itu selepas dia pulang sewaktu mereka makan di sebuah restoran bersama-sama.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana sentiasa melayani si kecil itu sepanjang dia berada jauh di perantauan.

Menerusi beberapa video lain yang dimuat naik, Muhammad turut menunjukkan kehidupannya sebagai seorang Cef di Dubai.

@chefmuhammad95

Jarang-jarang main wok dah sekarang. hari ni budak intern request nak belajar boleh laa exercise sikit, ilmu kena kongsi. cuma time busy tak payah lambung2 pon tak pa yg penting taste, texture dgn cepat. #dubai #uae #chef #malaysia #kualalumpur

♬ Tepi Sikit (feat. Joe Flizzow) – SleeQ

Ramai sebak lihat reaksi kanak-kanak teruja sambut kepulangan ayah

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut tersentuh dengan perkara tersebut.

Malah ada yang sempat bergurau dengan memintanya untuk memotong bawang di dapur bukan di TikTok kerana rakaman dikongsikan membuatkan mereka menangis.

“‘Hayfa rindu ayah.’ Min pun rindu abah”

“Saya tahu abang ni Cef, tapi tolong potong bawang dekat dapur. Bukan dekat TikTok”

“Hayfa buat akak nangis pula ni kenapa”

Recent Posts

  • Trending

Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan…

14 hours ago
  • Trending

Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu…

14 hours ago
  • Trending

“Keluar Dari Kedai Saya”- Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel [Video]

Menerusi video, pemilik restoran di Vietnam itu telah menghalau pelancong tersebut keluar daripada kedainya dan…

14 hours ago
  • Trending

“Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya…

14 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Lebih Had Umur Bekerja, Cikgu Tadika Diminta Bayar Semula RM21,000 Kepada Kerajaan

Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar…

15 hours ago
  • Trending

Kucing Minta Dibelai Guna Kaki, Tak Suka Orang Sentuh Guna Tangan Raih Perhatian Ramai [Video]

Kucing jenis campuran Bengal dan British Short Hair (BSH) itu juga gemar mengikuti tuannya dan…

16 hours ago