Wanita Tergamam, Kereta Dihujani Air Kotor Selepas Saluran Paip Di Parkir Mall Pecah [Video]

[Kemaskini] Menerusi satu kemaskini yang kami terima dari pihak The Exchange TRX, paip yang pecah itu adalah paip saluran sisa makan.

Setiap manusia pasti pernah melalui satu hari yang dianggap sebagai ‘hari malang’ apabila kejadian yang tak diingini dan diduga berlaku.

Apa yang lebih menakutkan, hari tersebut kebiasaannya akan bermula dengan perkara-perkara indah sebelum ianya terjadi.

Tular kereta yang diparkir di sebuah mall kotor dihujani air kumbahan

Seperti baru-baru ini, malang menimpa seorang wanita apabila kereta yang diparkirnya di sebuah pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur, The Exchange TRX dibasahi air dipercayai air kumbahan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh wanita itu di akaun TikTok miliknya @eyerv, kejadian berlaku ketika dia bersama seorang lagi individu baru sahaja pulang daripada makan malam di pusat beli-belah itu.

Bagaimanapun setibanya mereka di kawasan parkir untuk ke kereta, wanita berkenaan telah terhidu bau yang busuk seperti najis.

Dakwa paip kumbahan di atas keretanya parkir pecah

Lebih mengejutkan ternyata bau tersebut disebabkan saluran paip yang terletak di atas tempat parkir keretanya telah pecah.

Dakwanya, paip tersebut adalah saluran paip kumbahan.

“Awak rasa awak sedang melalui hari yang malang? Kami balik daripada makan malam dan lihat apa yang terjadi kepada kereta kami.

“Kami bertanya kenapa kawasan parkir berbau seperti busuk, tetapi tidak tahu bahawa ada saluran paip kumbahan di atas kereta kami yang pecah,” katanya.

Wanita minta pihak mall beri parkir dan cuci kereta secara percuma selama setahun

Dalam video terbabit, kelihatan kereta jenis Volkswagen Beetle berwarna putih itu dihujani dengan air kumbahan yang kelihatan kotor dan mempunyai sisa pepejal dipercayai kotoran seperti najis.

Susulan kejadian itu, wanita terbabit ingin meminta agar pihak The Exchange TRX memberikannya ganti rugi berbentuk servis parkir dan basuh kereta secara percuma selama setahun.

@eyerv

A lil surprise after dinner from TRX🥴🥴 #fyp #trx #malaysia

♬ marys_theme.mp4 – joanna sui

[Kemaskini] Kawasan parkir terjejas sudah ditutup dan sedang dibaik pulih

Dalam pada itu, pihak The Exchange TRX yang dihubungi BuzzKini memaklumkan pihaknya telah mengalihkan kenderaan pelanggan berkenaan sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian paip pecah di situ.

Jelasnya, kereta berkenaan juga telah dihantar untuk pembersihan secara profesional untuk menghilangkan kotoran terbabit.

Paip sisa makan yang pecah – TRX

Menerusi satu kemaskini terbaharu oleh pihak pusat beli belah tersebut, paip yang pecah itu adalah paip yang menyalurkan sisa makan.

Tambah mereka lagi, kawasan yang terjejas juga telah ditutup dan sedang dalam proses baik pulih.

“Kami dimaklumkan mengenai paip sisa makanan pecah di tempat letak kereta dan segera memaklumkan kepada pembeli untuk mengalihkan kereta mereka. Kawasan yang terjejas telah ditutup dan kerja pembaikan sedang dijalankan.

“Kereta-kereta yang terlibat telah menjalani pembersihan dan sanitasi selain pembersihan rapi tambahan turut disediakan.

“Selanjutnya kami turut menawarkan perkhidmatan cuci kereta percuma kepada pelanggan.

Netizen beri pelbagai reaksi

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Ada yang merasakan apa yang berlaku adalah ‘menakutkan’ dan sesuatu yang sangat tidak dijangka.

Bahkan segelintir netizen juga tidak dapat membayangkan kesan bau daripada air kumbahan itu yang akan terus melekat walaupun selepas dicuci.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago