Demi Hantar Duit Ke Kampung, Pekerja Pembersihan Sanggup Makan Nasi Putih & Air Kosong [Video]

Kebanyakan individu yang bekerja baik lelaki mahupun wanita mempunyai tujuan yang sama iaitu menjana pendapatan bagi menampung kehidupan seharian.

Malah, rata-ratanya bekerja bagi membantu meringankan beban keluarga sendiri. Oleh sebab itu ada yang sanggup mengorbankan diri demi menyenangkan keluarga tercinta.

Mahu Hantar Duit Kepada Keluarga, Lelaki Makan Nasi Putih Dengan Air Kosong

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @ben.ismail_, lelaki itu berkongsikan kisahnya terjumpa seorang pekerja pembersihan yang sanggup mengorbankan diri demi keutamaan keluarga tersayang.

Melalui video yang dikongsikan oleh Ben, kelihatan pekerja pembersihan yang dipercayai warga asing itu sedang menikmati nasi putih.

Apa yang menjadi perhatian adalah nasi putih yang dimakan oleh pekerja berkenaan hanyalah berlaukkan air kosong semata-mata.

Difahamkan, dia memilih untuk berjimat dengan menikmati hidangan sedemikian semata-mata mahu menghantar gaji yang diperolehinya ke kampung halaman.

“Tadi ada jumpa pekerja pembersihan yang sangat rajin. Masa diorang tengah rehat saja pergi tengok sekali dia makan nasi letak air kosong ja, bila tanya dia cakap duit nak hantar kampung.

“Walaupun makan macam ni, dia tetap senyum. Bila nasi jatuh dia kutip balik. Masya-Allah, semoga diorang terus dilimpahkan rezeki Allah, Aamin,” tulis Ben menerusi ruangan kapsyen.

@ben.ismail_

Tadi ada jumpa pekerja pembersihan yg sangat rajin masa diorg tengah rehat saja pi tengok skli dia mkn nasi letak air kosong ja bila tanya dia cakap duit nk hantar kampung… walaupun mkn mcm ni dia tetap senyum bila nasi jatuh dia kutip balik… Masyallah semoga diorg terus dilimpahkan rezeki Allah Aamin #CapCut

♬ suara asli – Rtnaku_ – Rtnaku_

Video Undang Pelbagai Reaksi Berbeza Dari Pengguna TikTok

Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.7 juta itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok yang melihat.

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna kagum dengan semangat lelaki berkenaan yang sanggup mengorbankan kebahagiaan diri demi memberi kesenangan kepada keluarga tercinta.

Malah, ada yang turut mendoakan agar dia dikurniakan rezeki yang lebih disebabkan kerja dan usaha keras yang dilakukan itu.

Tidak kurang juga segelintir pengguna TikTok turut berkongsikan pengalaman serupa di mana bapa atau ahli keluarga mereka melakukan perkara yang sama demi memberi kemudahan kepada keluarga tersayang.

Walau bagainamanapun, ada segelintir pengguna TikTok berpendapat keadaan itu sememangnya sudah menjadi kebiasaan bagi pekerja warga asing yang bekerja di negara ini.

Ini kerana pekerja dari golongan ini sememangnya sering menghantar gaji ke keluarga di kampung halaman.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Duit Diorang Banyak Ye, Tapi Semua Keringat Itu Diberi Keluarga”

“Mereka Kalau Dapat Gaji, 90% Hantar Balik Kampung, 10% Hanya Dia Pegang Untuk Makan Sahaja”

“Teringat Dekat Bapa Mentua, Masa Mula-Mula Masuk Dalam Keluarga Suami, Suami Kata Abah Memang Suka Makan Macam Tu”

“Diorang Dapat Berjimat Duit Hantar Kampung, Kita Makan Tak Ingat Dunia”

“Semoga Diberikan Rezeki Yang Melimpah Buatmu Uncle”

“Walaupun Makan Nasi Bersama Air, Insan Ini Tetap Menikmati Dengan Penuh Keasyikan”

“Kita Je Tak Pernah Rasa Cukup Dengan Nikmat Rezeki Sendiri”

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago