fbpx

Minah Salleh Sifatkan Baju Olimpik Malaysia Seperti Baju Sukan Sekolah [Video]

Menurut Bee, dia bersetuju dengan pendapat orang ramai yang baju itu tidak sesuai untuk dipakai bagi pentas besar seperti olimpik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak Isnin (24 Jun) lalu, ramai pengguna media sosial meluahkan kekecewaan mereka sebaik melihat baju yang akan dipakai oleh atlet Malaysia untuk acara Sukan Olimpik 2024 yang akan diadakan di Paris.

Kekecewaan itu selepas pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mempersembahkannya kepada tatapan umum sewaktu majlis pelancaran pada 23 Jun lalu yang berlangsung di The Exchange TRX.

Namun Ketua Kontinjen Malaysia 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan MOM kekal dengan pendirian untuk tidak mengubah rekaan baju tersebut.

Baca artikel berkaitan: “Tiada Guna Baju Cantik Tapi Gagal Bawa Pulang Emas” – Ketua Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024

Wanita Australia sifatkan baju atlet olimpik Malaysia seperti baju sukan sekolah

Namun siapa sangka, isu ini bukan sahaja dibahas di Malaysia malah turut mendapat perhatian seorang wanita yang berasal dari Australia.

Minah Salleh itu turut membuat reviu peribadi berhubung baju tersebut yang disifatkan seperti baju sukan di sekolah.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh @beejamieson, dia berbuat demikian selepas diminta berapa pengguna media sosial itu memandangkan dia sebelum ini ada membuat reviu baju pasukan olimpik Amerika Syarikat.

“Menerima beberapa komen untuk membuat reviu (baju) Malaysia, jadi mari kita lakukan.

“Saya akan mulakan sewaktu mereka ingin mempersembahkan baju berkenaan (tunjuk gambar patung yang dibalut dengan kain hitam). Jadi ini adalah untuk memberi ‘suspense’,” katanya.

Kongsi gambar patung pakai baju untuk acara Olimpik Paris 2024

Tidak lama kemudian dalam video tersebut, wanita berkenaan turut memaparkan satu lagi gambar menunjukkan patung berkenaan memakai baju yang akan dipakai oleh atlet negara pada acara olimpik itu nanti.

Malah dia turut mempersoalkan penggunaan patung manequin walhal Malaysia mempunyai penduduk yang ramai sekitar 34 juta.

“Ta da~ inilah uniformnya. Malaysia mempunya populasi sekitar 34 juta penduduk namun tidak boleh mendapatkan sesiapa untuk memperagakan baju berkenaan dan perlu menggunakan patung.

“Malah ia bukan patung yang bagus (cantik). Bukan hanya itu, uniform berkenaan dilihat seperti baju sukan (PE) di sekolah awam.”

Lebih suka baju yang mempunyai corak oren

Wanita berkenaan turut menunjukkan satu lagi baju berwarna hitam dengan corak oren dan mengatakan dia lebih suka baju berkenaan.

Jelasnya dia juga memahami kritikan dilontarkan berhubung bendera berwarna emas. Ini kerana, setiap negara mempunyai cara atau adat yang berbeza dalam menghormati bendera mereka.

Namun perkara ini sudah diperjelaskan oleh Hamidin bahawa bendera tersebut adalah logo MOM dan bukan jalur gemilang seperti yang disangka orang ramai.

Setuju dengan pendapat orang lain baju tak sesuai untuk olimpik

Meskipun dia mengakui baju itu adalah ‘okay sahaja’, namun dia turut bersetuju dengan pendapat orang lain yang mengatakan ia tidak dilihat sesuai untuk pentas yang besar seperti olimpik.

“Ia tidak membuatkan anda megah dan bangga dan saya sendiri telah membuat pelbagai kritikan terhadap design baju yang menjadi pilihan negara saya sendiri (Australia).

“Saya juga tahu saya mengatakan uniform USA nampak seperti Talladega Nights yang membawa ke bulan namun ia membuatkan anda rasa patriotik,” katanya lagi.

Dalam satu lagi gambar yang dikongsikan memaparkan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin bersama Lee Zii Jia yang atlet badminton negara kelihatan seperti pengetua dan juga anak murid sewaktu memakai baju tersebut.

@beejamieson

Replying to @샤미미 SYAMIMI its giving school uniform #malaysia #olympics #paris2024

♬ original sound – Bee ✨🎾💕

Ramai yang turut meluahkan rasa kecewa serta malu apabila ia turut dikomen oleh warga asing

Melihat di ruangan komen, ada pengguna yang malu dengan perkara tersebut apabila baju itu turut diulas oleh pengguna media sosial di luar negara.

Malah ada juga yang mengatakan sebagai rakyat di negara ini mereka juga tidak menyukai design tersebut.

Kata wanita itu lagi, baju itu tidaklah buruk tetapi hanya kurang memberangsangkan.

“Malah kami di Malaysia juga tidak menyukainya”

“Sangat setuju dengan awak. Malah patung di bahagian tengah dilihat seperti mengalami heat stroke”

“Sangat setuju, awalnya saya juga sangka ia adalah uniform sekolah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.