“Rekod Paling Tinggi Dalam Sejarah” – Lelaki Singapura Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM300

Bagi kebanyakan individu, Pulau Pinang dianggap sebagai negeri yang kaya dengan pelbagai variasi makanan hingga ada yang menggelarnya sebagai syurga makanan.

Antara menu yang paling popular dan sering menjadi pilihan pelancong setiap kali berkunjung ke Pulau Mutiara itu adalah nasi kandar.

Bagi kebanyakan orang, antara kedai nasi kandar popular yang sering menjadi pilihan adalah Nasi Kandar Sulaiman (NKS).

Selain daripada hidangannya yang istimewa, keunikan lain kedai ini adalah kekerapan mereka merekodkan jualan tertinggi dari pelanggan sehingga tular di media sosial.

Pemuda Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM300

Terbaharu, NKS melalui satu hantaran di akaun Facebook rasmi milik mereka mendedahkan seorang pemuda dari Singapura berjaya memecah rekod makan nasi kandar dengan harga RM300.

Jelas NKS, harga tersebut merupakan rekod paling tinggi yang pernah dibeli oleh pelanggan di kedai makan berkenaan.

Difahamkan, pemuda yang dikenali sebagai Zermatt Neo merupakan seorang pempengaruh (influencer) yang sememangnya mencipta kandungan berkaitan makanan.

Walau bagaimanapun, NKS memaklumkan pihaknya tidak menjemput pempengaruh itu sebaliknya dia sendiri yang datang ke premis berkenaan untuk menikmati hidangan di kedai itu.

Datang Bawa Talam, Habiskan Nasi Dalam tempoh 2 Jam Secara Solo

Tambah NKS lagi, Zermatt datang ke kedai itu membawa talam bagi mengisi nasi kandar serta lauk seperti kepala ikan, sotong, ayam, udang, bendi dan telur rebus untuk dinikmati olehnya.

Apa yang mengejutkan adalah hidangan itu mampu dihabiskan oleh pempengaruh berkenaan seorang diri dalam masa dua jam.

“RM300, Pecah rekod. All time biggest ever record. Seorang makan. Orang Singapura. Dia memang seorang pempengaruh TikTok buat video makan banyak-banyak.

“Siap bawa talam lagi. Nama Tiktok dia Zermatt Neo. Kali ini dia mai NKS makan nasi kandar sampai RM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS.

“Nota: kami tak panggi dia, dia sendiri yang mai makan,” tulis NKS dihantaran tersebut.

RM300, Pecah rekod📢🔥. All time biggest ever record. Seorang makan. Orang Singapore. Dia memang seorang influencer tiktok…

Posted by Nasi Kandar Sulaiman on Tuesday 25 June 2024

8kg Nasi Kandar challenge

Posted by Zermatt Neo on Tuesday 25 June 2024

Pengguna Facebook Kagum & Terkejut Dengan Kemampuan Pemuda Habiskan Nasi Kandar

Pendedahan itu nyata mengundang pelbagai reaksi dari pengguna Facebook. Rata-rata pengguna terkejut dengan tindakan Zermatt yang mampu menghabiskan nasi kandar setalam itu.

Namun, tidak kurang juga yang kagum dengan pemuda berkenaan yang dilihat mampu menghabiskan hidangan itu sehingga licin.

Sekadar info, NKS sebelum ini pernah merekodkan hidangan nasi kandar paling tinggi yang pernah dibeli oleh pelanggan mencecah RM222 pada Februari lalu.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Kita Makan Sepinggan NKS Pun Dah Kenyang Dah, Dia Mai Setalam”

“Boleh Masuk Pertandingan Kalau Boleh Makan Portion Banyak Ni”

“Termengah-Mengah Kawan Tu Nak Habiskan Nasi”

“Senang Je Dia Makan, Famous Big Eater Di Singapura”

“Sepinggan RM20 Pun Menyandor, Ini RM300”

“Harga Satu Hal, Dia Pergi Makan Sorang-Sorang Tu Padu”

Baca Artikel Berkaitan: Kedai Nasi Kandar Mohon Maaf Kepada Pelanggan, Lambat Buka Kerana Solat Subuh

Baca Artikel Berkaitan: Restoran Hussain Nasi Kandar Drive-Thru Pertama Bakal Dibuka Di Pulau Pinang

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago