fbpx
Now Reading
Rider Tengking Pemandu Kereta Lepas Ditegur Bawa Motor Lawan Arus Undang Perhatian [Video]

Rider Tengking Pemandu Kereta Lepas Ditegur Bawa Motor Lawan Arus Undang Perhatian [Video]

Seorang rider penghantar makanan dilihat mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemandu yang hampir melanggarnya di jalan sehala.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap hari, pasti ada sahaja kemalangan dilaporkan berlaku. Walaupun kadangkala ia terjadi disebabkan pemanduan tidak berhemah orang lain, namun ada juga akibat kecuaian sendiri.

Segelintir pemandu masih bertindak melanggar peraturan sedia ada yang ditetapkan semasa di jalan raya walhal sudah mengetahui ia dilarang sama sekali.

Seperti sebelum ini, tular video menunjukkan kereta Perodua Bezza dengan selamba memotong sembilan kenderaan lain di Jalan Kundasang-Ranau, Sabah. Lebih membahayakan, kejadian itu berlaku di kawasan selekoh jalan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perodua Bezza Selamba Potong 9 Kenderaan Di Garisan Berkembar Bikin Ramai Berang


Rider Penghantar Makanan ‘Langgar’ Jalan Sehala

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @update11111) menyaksikan satu situasi tegang yang berlaku di sebuah kawasan kedai.

Menerusi video dashcam, kelihatan beberapa buah kenderaan di jalan sehala. Pun begitu, ada juga seorang rider penghantar makanan yang melanggar peraturan dengan membawa motor berlawanan daripada arus tersebut.

Jika dilihat daripada klip tersebut, pemandu kereta berkenaan hampir terlanggar rider itu kerana tidak menyedari keberadaannya dari arah bertentangan.

Terkejut dengan perkara tersebut, pemandu kereta berkata kepada penunggang motor bahawa ia adalah jalan sehala. Namun lain pula yang jadi apabila si rider dilihat tidak berpuas hati dengan teguran berkenaan.

“Habistu apa hal? Kau nak gaduh dengan aku? Kau relaks!” kata penunggang motor dengan intonasi marah.


Pemandu Hanya Berniat Nak Tegur

Jelas pemandu kereta, dia tidak memarahi rider tersebut tetapi hanya berniat untuk menegur tentang kesalahan dilakukannya.

Penunggang motosikal itu kemudian meninggalkan tempat kejadian selepas mengeluarkan kata kesat kepada pemandu berkenaan.



Orang Ramai Berang Dengan Tingkah Laku Rider

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berang dengan sikap rider yang ‘pantang’ ditegur.

“Rider memang selalunya tak boleh ditegur. Tegur sikit melenting walaupun memang tu salah kau,” ujar seorang lelaki.

Malah ada juga individu berkata bahawa kelakukan si penunggang motosikal yang memarahi pemandu tidak membawa kepada sebarang penyelesaian.

“Orang yang jenis nak memaki dan marah macam ni annoying je. Tak dapat nak selesaikan masalah pun,” kata seorang pengguna X.

Sementara itu, ramai berkata rider berkenaan sepatutnya mengakui kesilapan dilakukan.

“Suruh orang relaks tetapi dia yang tak relaks. Dah tahu salah minta maaf je lah. Tak rugi satu sen pun. Aku kalau salah ke atau orang bagi jalan ke angkat je tangan tanda terima kasih atau maaf,” jelas seorang individu.

Sumber: X

Pandu Lawan Arus Boleh Dipenjara Hingga 5 Tahun

Memandu berlawanan arus bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada diri sendiri tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.

Untuk pengetahuan semua, memandu lawan arus boleh dipenjara tidak melebihi 5 tahun, dan denda minimum RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000.

Pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 (memandu secara melulu dan membahayakan).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.