“Sempoi Je”- Polis Siap Tolong Hantar Rider Makanan Naik Motor Raih Perhatian Ramai [Video]

Setiap individu mempunyai pekerjaan hakiki masing-masing yang perlu dilaksanakan. Namun ia tidak menghalang seseorang untuk melakukan kebaikan dengan membantu individu lain.

Polis hantar rider ‘delivery’ makanan raih perhatian

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki yang merupakan anggota polis apabila membantu seorang rider untuk menghantar makanan menggunakan motosikalnya.

Menerusi video dimuat naik oleh Arif Aiman Ahmad di TikTok, awalnya rider berkenaan telah bertanya kepada seorang polis yang berada di sebuah bangunan di Putrajaya mengenai maklumat kawasan untuk menghantar makanannya.

Lalu polis tersebut mengatakan tempat itu di kawasan lain dan sedikit jauh. Untuk ke tempat berkenaan, rider terbabit perlu menggunakan motosikal untuk ke lokasi itu.

Tempat jauh sebab polis hantar rider ke lokasi

Rider itu kemudian mengatakan tempat itu sedikit jauh sekiranya ingin berjalan kaki dan motosikalnya juga turut diparkir jauh dari lokasi berkenaan.

Susulan itu, anggota polis kemudiannya menawarkan rider berkenaan untuk menumpangkannya ke lokasi tersebut.

“Kalau nak naik saya boleh juga, jom? Alang-alang naik motor,” kata anggota polis itu.

Mendengar tawaran itu, rider tesebut bersetuju lalu menaiki motosikal bersama-sama.

Siap berbual-bual ketika dalam perjalanan ke tempat hantar makanan

Apa yang mencuri perhatian ketika di atas motosikal mereka turut berbual-bual seolah-olah sudah menjadi kawan.

Bukan hanya itu, polis berkenaan turut menunggu sehingga rider tersebut selesai menghantar makanan untuk membawanya semula ke parkir motosikal.

Ketika dalam perjalanan pulang mereka menyambung lagi perbualan berhubung beberapa premis yang berada di kawasan Alamanda, Putrajaya.

Ramai berpendapat lelaki mudah untuk membuat kawan baru

Video memaparkan polis dan rider itu turut menarik perhatian ramai. Melihat di ruang komen ramai yang berpendapat golongan lelaki sangat mudah untuk membuat kenalan atau kawan.

Ada juga mengatakan dia faham mengapa polis tersebut membantu rider berkenaan kerana tempat yang ingin dituju itu tidak mudah untuk dicari jika hanya melalui arahan.

“Camtu je lelaki buat kawan”

“Aku faham kenapa abang tu hantar. Lobi 2 dengan lobi 3 tu kalau nak tunjuk gitu-gitu je memang orang pening. Sudahnya baiklah dia hantar je”

Recent Posts

  • Trending

Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan…

4 hours ago
  • Trending

Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu…

5 hours ago
  • Trending

“Keluar Dari Kedai Saya”- Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel [Video]

Menerusi video, pemilik restoran di Vietnam itu telah menghalau pelancong tersebut keluar daripada kedainya dan…

5 hours ago
  • Trending

“Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya…

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Lebih Had Umur Bekerja, Cikgu Tadika Diminta Bayar Semula RM21,000 Kepada Kerajaan

Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar…

6 hours ago
  • Trending

Kucing Minta Dibelai Guna Kaki, Tak Suka Orang Sentuh Guna Tangan Raih Perhatian Ramai [Video]

Kucing jenis campuran Bengal dan British Short Hair (BSH) itu juga gemar mengikuti tuannya dan…

7 hours ago