fbpx
Now Reading
Siap Makan Lobster, Suasana Dalam Khemah Jemaah Haji Pakej ‘VVIP’ Raih Perhatian Ramai [Video]

Siap Makan Lobster, Suasana Dalam Khemah Jemaah Haji Pakej ‘VVIP’ Raih Perhatian Ramai [Video]

Di dalam video terbabit, kelihatan setiap jemaah pakej Almaas itu diberikan sofa yang juga boleh ditukarkan menjadi tempat tidur dalam keadaan berjarak serta ruang legar yang luas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui umat Islam di seluruh dunia baru sahaja selesai menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah yang jatuh pada Isnin (17 Jun) lalu.

Buat mereka yang berpeluang menunaikan ibadah haji di Mekah, ada segelintir yang telahpun pulang ke tanah air masing-masing pada minggu ini.

Ramai yang mula berkongsi video atau gambar kenangan semasa berada di sana sebagai kenang-kenangan atau tatapan buat individu yang belum mempunyai rezeki untuk ke sana.

Tular keadaan di dalam khemah pakej haji bernilai RM250,000 seorang

Seperti baru-baru, tular di media sosial satu video yang memaparkan keadaan dan suasana di dalam khemah jemaah Haji Malaysia yang mengambil pakej VVIP, Almaas di bawah TH Travel & Services yang juga anak syarikat Tabung Haji.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @halizamaysuri, pakej Almaas itu dikatakan berharga sekitar RM250 ribu bagi setiap jemaah.

Di dalam video terbabit, kelihatan setiap jemaah diberikan sofa yang juga boleh ditukarkan menjadi tempat tidur dalam keadaan berjarak serta ruang legar yang luas.

Jelas keadaan khemah jemaah haji pakej Almaas yang terletak di Mina itu jauh berbeza dengan khemah jemaah haji biasa yang perlu tidur dalam keadaan berhimpit serta sempit.

Jemaah dihidangkan dengan pelbagai makanan mewah

Selain itu, para jemaah berkenaan juga disediakan makan-makanan yang mewah seperti Lobster dan sebagainya.

Turut kelihatan mesin kopi dipercayai untuk jemaah terbabit minum ada disediakan di dalam khemah tersebut.

Khemah pakej Almaas disediakan pelbagai kemudahan

“Keluar khemah saja bangunan tempat melontar sudah di depan mata. Hidangan lobster segar, karpetnya kalau pijak tenggelam tapak kaki, sofa empuk boleh buat jadi katil, siap ada selimut dan bantal.

“Bilik air pula dalam khemah tak perlu beratur panjang, Alhamdulilah, maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?” tulisnya di ruangan kapsyen.

@halizamaysuri

Keluar khemah saja bangunan tempat melontar sudah depan mata, Hidangan lobster segar, karpetnya kalau pijak tenglam tapak kaki, sofa empuk boleh buat jadi katil, siap ada silimut dan bantal, bilik air pula dalam khemah tak perlu Q panjang. Alhamdulillah 🤲 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” #haj2024 #haji2024 #almaas @tabunghajitravel

♬ Daur Hidup – Donne Maula

Orang ramai teruja lihat suasana di dalam khemah

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa teruja melihat suasana di dalam khemah terbabit.

Tidak hanya itu, ramai juga yang berdoa agar diberikan rezeki untuk menunaikan haji dengan mengambil pakej sebegini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.