fbpx

“Bruno Mars, Anda Tidak Dialu-alukan Di Malaysia” – BDS Malaysia

BDS Malaysia dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan kenyataan dan aktiviti penyanyi R&B itu yang lalu, mereka mendapati dia adalah penyokong tegar rejim apartheid Israel.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan pasti mengetahui yang penyanyi antarabangsa terkenal, Bruno Mars bakal membuat persembahan konsert di Kuala Lumpur pada September ini.

Namun respon positif orang ramai yang sebelum ini begitu teruja menantikan kedatangannya mula berubah selepas Bruno Mars dikaitkan sebagai penyokong Israel.

Isu ini mula timbul selepas tular laporan dari Times Of Israel yang menyebut penyanyi itu ada mengeluarkan kenyataan ‘Saya sayang Israel’ ketika membuat persembahan di Tel Aviv pada Oktober tahun lalu.

@hananyanaftali

WATCH: Bruno Mars performs in Tel Aviv and sings “I love you” in Hebrew. The BDS movement with anti-Israel activists has tried hard to force him to boycott Israel – and they FAILED. #brunomars #israel #tlv #telaviv #ברונומארס

♬ original sound – Hananya Naftali

Susulan itu ramai yang mula mencadangkan agar konsert penyanyi kelahiran Amerika Syarikat itu diboikot.

Malah isu ini turut dibahaskan stesen radio berbahasa Inggeris, Fly FM.

Baca artikel berkaitan: Fly FM Dipuji Kerana Nyata Sokongan Kepada Palestin, Tidak Promosikan Konsert Bruno Mars Di KL

Terbaharu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia menegaskan Bruno Mars tidak dialu-alukan di Malaysia sekiranya dia mencintai pembunuhan beramai-ramai.

BDS Malaysia dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan kenyataan dan aktiviti penyanyi R&B itu yang lalu, mereka mendapati dia adalah penyokong tegar rejim apartheid Israel.

Ini selepas dia menolak permintaan sebuah organisasi pro-Palestin yang memintanya agar tidak mengadakan konsert di Tel Aviv. Bahkan dia telah mengisytiharkan cintanya terhadap rejim itu.

“Pada Oktober 2023, beliau mengadakan pertunjukan di sana walaupun dimaklumkan kepada beliau oleh sebuah organisasi pro-Palestin yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Jewish Voice for Peace (JVP) tentang pencabulan hak asasi manusia yang tidak berperikemanusiaan dan sistematik yang berleluasa di Israel terhadap warga Palestin.

“Bruno Mars langsung tidak mengendahkan permintaan JVP untuk tidak membuat persembahan di Israel sebagai tanda protes terhadap layanan zalim terhadap rakyat Palestin di sana.

“Sebaliknya, dalam konsertnya di Tel Aviv, dia mengisytiharkan cintanya yang tidak berkesudahan kepada negara yang dia tahu sedang menganiaya berjuta-juta manusia, yakni warga Palestin, semata-mata kerana mereka berbeza etnik atau agama.”

Bruno Mars langsung tidak bersuara tentang kekejaman Israel – BDS

Malah menurut BDS, Bruno Mars langsung tidak bersuara tentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel hatta selepas sembilan bulan berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Gaza yang menyakaikan hampir 38,000 nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban.

Dia sama ada tidak mengambil berat tentang pembunuhan beramai-ramai itu atau dia menyokong sepenuhnya. Kami menyeru Bruno Mars, jika dia benar-benar percaya dengan perkara yang dia nyanyikan, untuk berada di pihak yang betul dalam kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa dan segera mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku sekarang di Gaza.

BDS Malaysia

Tegas BDS lagi, sikap diam dirinya yang berterusan akan membuktikan kepada seluruh dunia bahawa dia adalah penyokong pembunuhan beramai-ramai.

“Kami dengan ini memaklumkan di sini dan sekarang kepadanya bahawa individu Zionis yang mencintai pembunuhan beramai-ramai tidak dialu-alukan di Malaysia.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.