Pada masa kini, setiap peniaga mempunyai cara tersendiri dalam menarik pelanggan untuk membeli produk mereka.
Ada yang menggunakan teknik pemasaran dengan mengupah influencer untuk membuat review.
Tidak kurang juga yang mempromosikannya di platform media sosial sendiri menggunakan gambar atau ilustrasi kreatif bagi menarik pelanggan.
Walau bagaimanapun, ada segelintir peniaga dilihat kurang sensitif dalam pemilihan gambar yang digunakan diiklan khususnya melibatkan produk kesihatan dalaman dan batin.
Terbaharu, tular di aplikasi X mengenai iklan produk kesihatan dalaman wanita keluaran Nilofa Group.
Menerusi ciapan tersebut, pengguna berkenaan berkongsikan gambar iklan produk kesihatan wanita keluaran syarikat tersebut iaitu Isterix.
Apa yang menjadi perhatian adalah gambar yang dipercayai buah Aprikot atau Peach itu dilihat menyerupai bentuk kemaluan wanita.
Malah menerusi balasan ciapan, ada pengguna yang mendakwa produk tersebut merupakan keluaran daripada selebriti terkenal, Neelofa.
“Hajah korang lama menyepi dia kembali dengan ubat b*rit,” ciap pengguna berkenaan.
Ciapan tersebut nyata menarik perhatian pengguna X. Rata-rata daripada mereka terkejut dengan gambar itu dan meluahkan rasa kurang senang dengan apa yang dilihat.
Kebanyakan mereka menganggap ia terlalu keterlaluan kerana dilihat betul-betul menyamai alat sulit wanita.
Ada juga yang mempertikaikan bagaimana gambar sebegitu boleh diiklankan di platform media sosial sedangkan sebelum ini ada jenama tuala wanita terkenal ditegur gara-gara mengeluarkan gambar bunga berbentuk seperti Miss V.
Tidak kurang juga ada yang terkejut dengan ciapan tersebut kerana tidak menyangka iklan sebegitu dikeluarkan oleh syarikat milik Neelofa yang dikenali menjaga aurat dengan sempurna.
Namun, ada yang berpendapat kemungkinan akaun tersebut telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mempromosikan iklan sedemikian.
Hasil tinjauan kami menerusi akaun Instagram rasmi milik Nilofa Group mendapati gambar tersebut sememangnya dimuat naik oleh mereka yakni pada penghujung Mei yang lalu.
Malah, terdapat banyak lagi hantaran yang menunjukkan ilustrasi menyamai alat sulit wanita bagi menggambar dan mempromosikan keberkesanan produk buat kaum hawa itu.
Carian kami di laman Nilofa Plus mendapati Isterix ini adalah minuman botanikal campuran berperisa aprikot yang mengandungi 19 jenis herba yang membantu meningkatkan libido dan membaiki kesihatan dalaman wanita.
Menurut laman tersebut, antara herba yang digunakan adalah Kacip Fatimah, Tongkat Ali, Manjakani, Gadis Lompat, Mengkudu dan banyak lagi.
Berikut antara komen warganet:
Baca Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Tegur Tindakan Memalukan Sekumpulan Lelaki Beri Hadiah Berunsur Lucah Kepada Pengantin
Baca Artikel Berkaitan: Isu Fan Art Lucah, Ejen Ali Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang
Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan…
Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu…
Menerusi video, pemilik restoran di Vietnam itu telah menghalau pelancong tersebut keluar daripada kedainya dan…
Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya…
Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar…
Kucing jenis campuran Bengal dan British Short Hair (BSH) itu juga gemar mengikuti tuannya dan…