Momen Ayah Minta Izin Nikahkan Satu-Satunya Anak Perempuan Bikin Ramai Sebak [Video]

Bagi seseorang yang bergelar ayah, akan tiba masanya untuk melepaskan anak perempuan mereka selepas bertahun-tahun menjaga kebajikan mereka sejak kecil.

Percayalah, pejam celik si kecil anda yang dahulunya perlu disuap ketika mahu makan kini sudah boleh memasakkan hidangan untuk seisi keluarga.

Tanggungjawab terakhir sebagai seorang ayah kepada anak perempuannya adalah bergelar wali sebagai tanda menyerahkan tugas untuk menjaga mereka kepada lelaki lain yang bergelar suami.


Bapa Minta Izin Kepada Anak Perempuan Tunggal Sebelum Menjalankan Tugas Sebagai Wali

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@Cikgu_Anep), seorang ayah dilihat bergerak ke tempat duduk anak perempuannya yang bakal bergelar isteri semata-mata untuk meminta izin menikahkan puteri tunggalnya itu.

Ketika detik itu, si ayah cuba untuk menutup kesedihan dengan ketawa sambil tersenyum tetapi tidak lama selepas itu air mata mula mengalir perlahan.

Keadaan menjadi lebih menyentuh hati apabila anak perempuannya sempat mengelapkan air mata si bapa di bahagian pipi sebelum si ayah bangun semula untuk ke tempat duduk sebagai wali.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan yang digelar sebagai Angah menyatakan bapanya sebagai lelaki pertama yang berada dalam hatinya.

Abah tutup sedih dengan ketawa tapi menitik air mata depan anak perempuan dia. Abah always menjadi lelaki pertama dalam hati angah.

Angah.

Orang Ramai Sebak Lihat Detik Menyentuh Hati Antara Bapa Dan Anak Perempuan

Rata-rata masyarakat yang menonton video berkenaan turut meluahkan rasa sebak setiap kali melihat detik-detik melibatkan bapa dan anak perempuan mereka.

“Lemah la aku benda macam ni. Confirm sebaldi nanti,” kata pengguna X.

Ada juga pengguna media sosial yang berpendapat momen sebak itu bukan sahaja berlaku semasa mahu melepaskan si puteri kepada lelaki lain, tetapi ia berlaku sepanjang kehidupan.

“Bukan sahaja saat melepaskan pada lelaki lain, bila berjauhan untuk dia mengejar cita-cita pun hiba, terutama bila hantar dia ke kolej sampai hilang dari pandangan,” luah seorang pengguna media sosial.

Sementara itu, sesetengah individu pula meluahkan rasa sedih kerana tidak mempunyai rezeki untuk dinikahkan oleh ayah mereka kerana si bapa sudah dijemput Ilahi.

Sumber: X

Percayalah, segarang mana pun ayah anda, pasti akan ada sekelumit rasa sebak semasa mereka mahu menikahkan anak perempuan dan melepaskan si puteri yang dijaga sejak bayi kepada lelaki lain.

Dalam kegembiraan untuk bergelar isteri, pastinya setiap wanita akan berasa sebak juga kerana tidak lagi menjadi tanggungan ayah mereka.

Momen semasa nikah adalah satu saat yang akan paling diingati buat ahli keluarga.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Lambai Anak Pulang Ke Kota Selepas Raya Bersama Undang Sebak

Baca Artikel Berkaitan: “Rindu Ayah”- 10 Bulan Terpisah Kerana Kerja Di Dubai, Kanak-Kanak Menangis Sebaik Nampak Kelibat Bapa [Video]

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago