Remaja Nigeria Fasih Cakap Kelantan Buat Ramai Kagum [Video]

Kebanyakan negeri di Malaysia mempunyai dialek atau loghat bahasa yang tersendiri. Negeri utara seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang terkenal dengan loghat utaranya. Begitu juga negeri lain contohnya di Pantai Timur Semenanjung seperti Terengganu dan Kelantan.

Bagi segelintir rakyat Malaysia, kadang kala sukar untuk memahami loghat negeri lain contohnya seperti dialek ‘pekat’ dari Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Kelantan.

Namun berbeza dengan seorang remaja lelaki warga Nigeria yang bukan sahaja faham dialek Kelantan malah fasih menggunakan loghat itu.

Fasih Gunakan Loghat Negeri Kelantan

Menerusi perkongsian video yang dikongsikan di akaun TikTok @goleng120, kelihatan seorang remaja lelaki Nigeria yang dikenali sebagai Muhammad sedang ditemubual oleh pemilik akaun berkenaan.

Melalui video tersebut, kedengaran pemilik akaun itu bertanyakan soalan kepada Muhammad atau Mad menggunakan dialek Kelantan.

Apa yang menarik perhatian adalah kelancaran dan kefasihan Muhammad dalam menggunakan loghat dari negeri yang bergelar Serambi Mekah itu.

Malah, dia dilihat tenang dan langsung tidak kekok ketika menjawab pertanyaan dalam dialek Kelantan.

Menerusi video berkenaan, Muhammad yang berumur 14 tahun itu menjelaskan bagaimana dia boleh fasih menggunakan loghat bahasa negeri Cik Siti Wan Kembang.

Jelas Muhammad, dia mempelajari loghat tersebut daripada rakan-rakan yang dikenalinya ketika tinggal disini.

Tambahnya lagi, dia telah tinggal di Malaysia selama dua tahun kerana mengikut bapanya yang bekerja sebagai tenaga pengajar.

Namun, dia akan pulang semula ke Nigeria kerana bapanya telah mendapat kontrak pekerjaan baharu di sana.

“Nama aku Muhammad Al-amin bin Abu Bakar, aku 14 tahun. Ayah aku mari sini sebab nak kijo (kerja), lepas tu nok balik tu sebab ayah aku ada kontrak baru dekat sana,” katanya.

Difahamkan, Muhammad bakal pulang ke Nigeria pada hari ini (28 Jun) pada jam 10.00 pagi.

@goleng120

#matnigeria hari last Mat dipadang bola pagi esok kita jumpa di airport KB

♬ bunyi asal – goleng12 – goleng12

Menerusi video berasingan, turut kedengaran Muhammad berbual dengan pemilik video berkenaan menggunakan dialek tersebut ketika ditanya perasaan bakal balik ke tanah airnya itu.

“Pastu sedih juga nak tinggal Nigeria tinggal saing-saing (kawan-kawan),” katanya lagi.

Ramai Kagum Dengar Kepetahan Muhammad

Video yang telah mendapat tontonan lebih 400 ribu itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna TikTok kagum dengan kepetahan dan kefasihan Muhammad dalam menggunakan dialek Kelantan itu.

Malah, ada yang memujinya kerana tidak kekok dan cepat belajar walaupun hanya tinggal di negara ini dalam tempoh dua tahun.

Namun, ada juga yang menyuarakan rasa hairan bagaimana orang luar seperti Muhammad boleh mempelajari bahasa tempatan dengan mudah.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Baru 2 Tahun Duduk Kelantan Tapi Fasih Bahasanya, Tahniah Adik”

“Berapa Tahun Mad Duduk Malaysia, Fasih Bahasa Malaysia, Mesti Mad Rindu Ke Malaysia”

“Kenapa Orang Asing Mudah Belajar Bahasa Kita?”

“Mesti Sedih Saing-Saing (Kawan) Dio Nak Pisoh”

“Pandai Mad Cakap Loghat Kelate, Hebat Mad”

Baca Artikel Berkaitan: Fasih Bertutur & Blogging, Youtuber Rhys William Kini Terbit Buku Dalam Bahasa Melayu

Baca Artikel Berkaitan: “Kagumnya Dengar BM Diorang..” – Netizen Teruja Tonton Video Pelajar Jepun Fasih Berbahasa Melayu

Recent Posts

  • Trending

Lagu UiTM Di Hatiku ‘Mendunia’! Ramai Mat Saleh Jadikan Muzik Latar Untuk Video Semasa Graduasi [Video]

Lagu ‘UiTM Di Hatiku’ itu menjadi trending dan digunakan sebagai muzik latar dalam video TikTok…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pelawak & Isteri Direman 2 Hari, Bantu Siasatan Kes Penyebaran Maklumat Dalaman Polis

Selain ditahan, telefon bimbit milik pelawak itu dan isterinya turut dirampas untuk membantu siasatan.

2 hours ago
  • News
  • Trending

PM Tegur Menteri KDN Gara-Gara Pakai Baju Batik Di Parlimen Pada Hari Selasa [Video]

Pemakaian batik Malaysia berlengan panjang dalam kalangan ahli parlimen ketika menghadiri persidangan Dewan Rakyat telah…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Art of Speed 2024 Kembali Lagi Pada 27 & 28 Julai, Kaki Kustom dan Counter Culture Boleh Standby!

Lebih menarik lagi, AOS 2024 akan berkolaborasi dengan kelab bola sepak Selangor FC (SFC) dalam…

3 hours ago
  • Trending

Lelaki Buat Challenge ‘Pakai Baju Mandi Di Mall’, Siap Tawar Hadiah RM1,000 Dikecam

Dalam video cabaran itu, selain lelaki berkenaan beberapa rakannya turut memakai bathrobe ketika berjalan di…

3 hours ago
  • Trending

“Nama Saya Malaysia” – Keunikan Nama Pelancong Amerika Jadi Perhatian Ramai [Video]

Ketika ditanya sebab Malaysia menjadi negara pilihannya untuk melancong, wanita itu menyatakan kerana namanya sendiri.

3 hours ago