fbpx
Now Reading
“Tak Sangka Rupanya Luas Betul” – Ramai Terpegun Lihat Ruang Dalaman Rumah Panjang Di Sarawak [Video]

“Tak Sangka Rupanya Luas Betul” – Ramai Terpegun Lihat Ruang Dalaman Rumah Panjang Di Sarawak [Video]

Difahamkan, rumah panjang yang ditunjukkan ini mempunyai lapan bilik iaitu lebih banyak berbanding kebanyakan rumah teres yang hanya memiliki tiga atau empat bilik sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia merupakan antara negara yang unik kerana kaya dengan kepelbagaian kaum, budaya dan tradisi di setiap negeri.

Seperti di Sarawak, rumah panjang yang didiami oleh suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh sangat sinonim dengan negeri itu.

Kebanyakan orang mungkin pernah melihat keadaan dan bentuk luaran rumah panjang ini, namun tidak semua tahu bagaimana keadaan di dalamnya.

Tular keadaan di dalam rumah panjang moden

Susulan itu, baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi reka bentuk dan hiasan di dalam satu unit rumah panjang moden yang dipercayai sudah diubahsuai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok wanita itu @memeeyz3, kelihatan ruang dalaman rumah panjang tidak hanya memanjang di bahagian kiri dan kanan.

Berdasarkan video tersebut, wanita terbabit menunjukkan rumah panjang itu bermula daripada bahagian depan iaitu ruang tamu sehinggalah ke belakang.

Satu unit rumah panjang mempunyai ruang yang luas dan memanjang ke belakang

Apa yang mencuri tumpuan, keadaan dalam satu unit rumah panjang itu sangat luas dan memanjang ke belakang.

Difahamkan, rumah panjang yang ditunjukkan ini mempunyai lapan bilik iaitu lebih banyak berbanding kebanyakan rumah teres yang hanya memiliki tiga atau empat bilik sahaja.

Video berdurasi 55 saat itu berjaya menarik perhatian ramai apabila meraih lebih 117,000 tanda suka dan 1.6 juta tontonan.

Ramai terkejut dan tak sangka rumah panjang sebesar itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut kerana tidak menyangka setiap unit di rumah panjang berkenaan sebegitu luas memanjang ke belakang.

Malah, segelintir orang juga mempunyai impian untuk ke Sarawak dan merasai sendiri pengalaman menginap di rumah panjang ini.

Untuk info, kebanyakan rumah panjang akan didiami oleh beberapa kelamin daripada suku kaum yang sama ia diketuai oleh seorang tuai rumah yang peranannya adalah seperti ketua kampung.

Dahulunya, kebanyakan rumah panjang didirikan berdekatan sungai kerana laluan sungai adalah laluan berhubungan utama untuk ke mana-mana.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.