fbpx
Now Reading
Nilofa Group Mohon Maaf, Padam Semua Iklan Berunsur Lucah

Nilofa Group Mohon Maaf, Padam Semua Iklan Berunsur Lucah

Nilofar Group yang didakwa milik Neelofa berkata, pihaknya akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan konten yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas dikritik kerana menggunakan imej buah Aprikot atau Peach yang menyerupai bentuk kemaluan wanita untuk mempromosikan produk penjagaan wanita Isterix, syarikat Nilofa Group tampil memohon maaf di atas kekhilafan yang berlaku.

Nilofa Group yang didakwa milik pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram berkata, mereka menerima segala teguran dan akur dengan kesilapan itu.

“Pihak isterix memohon maaf atas beberapa grafik tertentu yang telah dihasilkan. Kami terima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini.”

Mereka juga akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan konten yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang.

“Kami mengambil maklum pantau tegur daripada masyarakat dan berjanji untuk lebih berhati-hati serta sensitif dalam setiap komunikasi kami pada masa akan datang. Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua,” tulis pengendali Nilofa Group di ruangan kapsyen.

Buang iklan sensitif

Semakan kami mendapati semua iklan promosi yang memaparkan imej seakan alat sulit wanita telah dipadam dari akaun Instagram Nilofa Group.

Namun promosi yang tidak memaparkan sebarang grafik melampau masih dikekalkan.

Terdahulu, syarikat tersebut menuai kecaman selepas tular promosi produk kesihatan dalaman wanita keluaran mereka yang berunsurkan soft porn.

Ramai yang mempersoal bagaimana gambar sebegitu boleh diiklankan di platform media sosial sedangkan sebelum ini ada jenama tuala wanita terkenal ditegur gara-gara mengeluarkan gambar bunga berbentuk seperti Miss V.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.