Alif Satar Teruja Jumpa Sarjan Alang, Siap Ajak Bergambar Bersama [Video]

Kebelakangan ini, seorang individu istimewa yang sering berpakaian seperti anggota polis dikenali sebagai Sarjan Alang sering tular di media sosial.

Insan istimewa itu kebiasaannya dilihat berada di tepi jalan seolah-olah mengawal keadaan trafik di sekitar Meru, Klang.

Kebanyakan masyarakat di sana yang sudah mengenali Sarjan Alang ini tidak akan mengganggu apa yang dilakukan oleh insan itu, sebaliknya hanya melayani telatahnya.

Alif Satar teruja jumpa Sarjan Alang

Terbaharu, penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar turut dilihat teruja bertemu dengan Sarjan Alang semasa beliau berada di kawasan berkenaan dalam satu majlis di sebuah stesen minyak.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Alif dilihat berlari bersama rakan-rakannya setelah mengetahui Sarjan Alang berada di situ.

“Korang, kitorang jumpa sarjan,” kata Alif sambil berlari menuju ke insan yang begitu popular di TikTok itu.

Siap beri tabik hormat dan berpelukan

Alif kemudiannya bersalaman dengan Sarjan Alang sebelum memberi tabik hormat dan memeluk individu berkenaan.

Pencetus ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ itu juga bertanya sekiranya Sarjan Alang sudah makan dan apakah sering berada di sekitar kawasan itu.

Dalam pada itu, Sarjan Alang juga dilhat tersenyum gembira apabila selebriti berkenaan sudi datang bertemu dengannya.

Orang ramai beri pelbagai reaksi, sifatkan Sarjan Alang sebagai beruntung

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi reaksi positif setelah melihat video terbabit.

Ada yang menyifatkan Sarjan Alang sebagai seorang yang beruntung kerana artis yang begitu popular pula yang teruja bertemu dengannya.

Tidak hanya itu, kebanyakan orang turut memuji sikap Alif yang tidak sombong meskipun bergelar seorang artis.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago