Alif Teega Nafi Tuduhan Terima Komisyen Derma 20%, Dakwa Wajah Diguna Tanpa Izin

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan usahawan iaitu Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah telah menerima duit komisyen sebanyak 20% daripada sebuah platform derma.

Malah dalam hantaran itu ada mendakwa usahawan terbabit menggunakan wang tersebut untuk kepentingan mereka.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan orang ramai khusunya pengguna media sosial tertanya-tanya sejauh mana kebenaran berhubung isu tersebut.

Alif Teega tampil beri penjelasan dakwaan terima komisyen 20%

Enggan berdiam diri dan membiarkan fitnah terhadap diri dan isteri berleluasa, Alif Teega atau nama penuhnya Mohd Hazalif Mohd Hazani telah tampil menerusi beberapa hantaran di Instagram untuk memberi penjelasan.

Dalam hantaran tersebut, Alif turut menyertakan satu gambar memaparkan platform serta cara kutipan diambil. Antara influencer yang dipaparkan pada platform itu adalah Alif Teega, Aisyah serta seorang lagi influencer islamik yang lain.

Tak kisah orang nak burukkan nama

Menurut Alif, penjelasan yang diberikan bukan secara menyeluruh sebaliknya ingin fokus kepada satu perkara dan dia tidak kisah jika ada pihak yang ingin memburukkan namanya.

“Orang nak burukkan, silakan. Orang nak hentam, silakan. Moga Allah beri yang terbaik buat kalian.

“Tapi ada orang hantar video isteri saya, Aisyah Hijanah cakap kasar. Ya! Memanglah isteri saya akan bercakap begitu. Baik dia pun ada sabar, kalau orang dah tak tabayyun, tak rujuk kemudian terus sebarkan hal yang tak benar, fitnah, ditambah-tambah lagi cerita lain manalah dia tak mengamuk,” ujarnya.

Aisyah lebih berdiam mengenai isu komisyen 20%

Kata Alif isterinya itu lebih gemar untuk berdiam meskipun ada pihak yang memfitnahnya menyeleweng duit dan sebagainya.

“Si penyebar fitnah pula bukan post dengan ‘pertanyaan’ tapi dengan ‘kenyataan’. Seolah-olah memang sah saya dan Aisyah terlibat dengan 20% dan pada waktu itu. Saya cakap, saya tak terlibat langsung dan tak pernah ambil 20%. Bukannya dia tak boleh tanya dulu. Suaminya pun main bola dengan kumpulan kami.

“Dan hari ini sekali lagi saya bagitahu, saya dan Aisyah tak pernah terlibat dengan komisyen 20% dari sumbangan atau derma dari j**d***te (platform kutipan derma). Apa yang sampai akan terus sahaja dimanfaatkan dan digunakan sebaiknya pada penerima yang memerlukan,” ujarnya lagi

Tak tahu kewujudan pdf, hanya bantu NGO untuk dapatkan dana. Wajah diguna tanpa izin

Menurut Alif, dia sama sekali tidak mengetahui tentang kewujudan pdf terbabit dan hanya membantu pihak Non-Goverment Organisation (NGO) lain untuk mendapatkan dana.

Tegasnya lagi, wajah mereka turut digunakan tanpa izin dan berkemungkinan tawaran yang ada pada portal itu ditawarkan kepada influencer lain namun bukan dia dan Aisyah.

Tak mahu ulas lebih, ikut nasihat peguam hanya sediakan segala dokumen untuk pihak autoriti

Dalam satu lagi hantaran, Alif memaklumkan mereka hanya menyedari berhubung pdf itu selepas ia tersebar pada tahun 2022.

Malah atas nasihat daripada pihak peguam, Alif menyediakan segala dokumen untuk pihak autoriti sahaja.

“Ketika ini akan ada perbualan yang direka, kenyataan palsu, laporan yang tak jelas kesahihan dan apatah lagi akan diadili oleh sesetengah pihak sama ada benar atau salah.”

Katanya dia sudah menilai dan tiada ruang untuk dia mempertahankan diri, dan jika memberikan respon di media ia akan membuatkan perkara menjadi lebih keruh. Ini kerana sesiapa sahaja boleh memanipulasi dan bawa fitnah lain selain mereka apa sahaja cerita palsu.

Tak ambil komisyen 20%

Di ruang kapsyen dia turut menegaskan dia dan isteri tidak sama sekali terlibat dengan komisyen sebanyak 20% itu.

“Kedua, berkaitan sumbangan dan belian oleh pengikut kami di Instagram. Semuanya disampaikan dan dimanfaatkan sebaiknya kepada penerima yang memerlukan.

“Segala dokumen termasuk gambar dan video disediakan. Kalau tunjuk-tunjuk satu-satu akhirnya dimanipulasi lagi. Letih! Atas nasihat kumpulan guaman, saya sediakan buat pihak berwajib sahaja.

“Ketiga, berkaitan dana madrasah saya telah pun selesaikan boleh rujuk pihak madrasah sendiri.

“Sekarang ni, isunya tentang derma, tentang 20% komisyen. Tapi saya hairan kenapa sampai kaitkan isu lain, tentang syarikat, personaliti isteri saya, pelbagai hinaan, makian oleh sesetengah lama. Kaitkan dengar arwah ayah mentua saya,” katanya lagi.

Pesan untuk jangan dengar sebelah pihak sahaja

Dia pada masa yang sama, turut meminta orang ramai agar tidak hanya mendengar pada sebelah pihak sahaja tanpa mengetahui sesuatu perkara secara penuh khususnya perkara yang membabitkan spekulasi.

Ini kerana ia tidak mempunyai rujukan yang sahih atau tidak. Malah dia meminta agar setiap perkara itu seharusnya diselidik dengannya.

“Kalau betul bawalah segala bukti ke mahkamah. Tak apa, saya rahsiakan identiti awak. Jangan sembunyi sebalik keyboard.

“Apa lagi? Nak londehkan benda yang tak betul? Nak malukan saya? Entah dapat dari mana. Sampai mesej staf saya, saya ada tangkap layar. Buatlah nama Alif Teega ni memang kena hentam.

“Tak hairan pun, tapi sekurang-kurannya saya tak sembunyi di sebalik keyboard. Saya wujud, saya munculkan diri. Saya tetap turun padang. Saya beranikan diri,” tulisnya lagi di ruang kapsyen.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

6 hours ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

1 day ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

1 day ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

1 day ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

1 day ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

1 day ago