fbpx
Now Reading
“Allahu Baiknya” – Pakcik Buka Baju & Beri Kepada Gelandangan Raih Pujian Ramai [Video]

“Allahu Baiknya” – Pakcik Buka Baju & Beri Kepada Gelandangan Raih Pujian Ramai [Video]

Bukan hanya memberi pakaiannya, lelaki terbabit juga dilihat membeli beberapa makanan dan memberinya kepada gelandangan terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia tanpa mengira sememangnya terkenal dengan sifat prihatin dan baik hati terhadap individu lain tanpa mengira kaum dan bangsa.

Perkara ini menjadi salah satu sebab kenapa Malaysia masih kekal harmoni sehingga ke hari ini meskipun terdapat pegangan dan pemaham yang berbeza.

Bahkan, kebanyakan rakyat di negara ini juga gemar menyantuni dan membantu golongan-golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, gelandangan dan sebagainya.

Tular pakcik beri pakaian dipakai kepada gelandangan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang pakcik memberi pakaian yang dipakainya kepada seorang lelaki dipercayai gelandangan di Kuching, Sarawak.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @afhiaffandy, gelandangan terbabit dilihat hanya memakai seluar tanpa baju.

Susulan itu, lelaki berkenaan yang memakai jubah berwarna hijau memberikan T-shirt berwarna putih yang turut dipakainya kepada gelandangan terbabit.

Terus buka jubah dan kemeja-T di tempat terbabit

Berdasarkan video tersebut, dia dilihat menanggalkan jubahnya di kawasan itu juga sebelum membuka lagi T-shirt berwarna putih yang sedang dipakai.

Kemeja-T tu kemudiannya diberikan kepada gelandangan berkenaan untuk dipakai, manakala lelaki terbabit kembali menyarungkan jubahnya semula.

Menurut pemilik video, lelaki yang dikenali sebagai Tuan Haji Wan Alamshah itu cukup terkenal dengan sifat pemurahnya yang boleh dijadikan contoh buat ramai orang.

“Semoga Allah terima amal kebajikan Tuan Haji Wan Alamshah,” tulis di ruangan kapsyen.

Dah bagi baju, beli makanan pula beri kepada gelandangan

Bukan hanya memberi pakainya, Haji Wan juga dilihat membeli beberapa makanan dan memberinya kepada gelandangan terbabit

Video berdurasi 39 saat itu berjaya meraih meraih lebih 3.9 juta jumlah tontonan dengan lebih 534,200 tanda suka di TikTok.

@afhiaffandy

Semoga Allah terima Amal Kebajikan Tuan Hj Wan Alamshah MasyaAllah Tabarakallah….. Seorang yang kmk niat dari kmk orang “angkat tuboh “mbak kata urang tua…. Hidup Hj wan tok xjauh dari Amal kebajikan …. maseh ingat kata2 nya ngan kmk orang dolok…”xmampu kita kenyangkan orang ,cukup nangga orang yang kita bantu senyum…” Allahu…..Moga menjadi Asbab mengajak orang lain dalam Fastabiqul Khairat berlumba-lumba melakukan kebaikan💚 Alhamdulillah hidup kita maseh ada serba sedikit kemampuan…ada orang xmerasa tilam yang empuk,makan dgn tenang,rumah yang selesa…pakaian yang baik…. kita jak kurang bersyukur😞😞😞 Moga Allah kurniakan kita nikmat rasa syukur dgn hati yang tenang💚 #fypシ #fyp #sarawaktiktok #fyp

♬ original sound – Afhi Affandy – Afhi Affandy

Orang ramai pakat puji dan titip doa buat lelaki pemurah itu

Kebanyakan pengguna media sosial dilihat memberi pujian terhadap sifat pemurah lelaki berkenaan yang sanggup memberi pakaian dipakainya.

Malah, mereka turut tidak ketinggalan menitipkan doa buat Haji Wan agar sentiasa diberikan rezeki yang berlibat ganda serta sihat selalu.

Sungguh luar biasa pakcik ni, bagi baju yang masih digunakan kepada gelandangan, sifat sebegini patut dicontohi ramai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.