fbpx

Baru Nak Tunjuk Skill Tebar Roti Canai, Sekali Doh Tersangkut Pada Wayar [Video]

Menerusi video, kelihatan penebar roti canai berkenaan terkesima dan terhibur apabila roti canai yang dilempar ke atas itu telah tersangkut pada wayar lampu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut mengenai roti canai, tak dinafikan ia menjadi makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Malah roti yang lembut dan rangup ini sangat sedap apabila dimakan dengan kuah kari atau kacang dal.

Namun umum mengetahui, roti canai yang sedap bukan disebabkan doh semata sebaliknya bagaimana ia ditebar dan tidak semua memiliki kemahiran untuk melakukan perkara itu.

Gelagat penebar roti canai curi perhatian ramai

Baru-baru ini, seorang peniaga roti canai telah mencuit hati ramai pengguna media sosial dengan gelagat bersahajanya sewaktu ingin menunjukkan kemahiran menebar roti canai.

Menerusi video tular di X, awalnya kelihatan seorang lelaki yang juga penepar roti canai ingin menunjukkan kemahirannya menerbangkan doh.

Doh tersangkut dekat wayar lampu buat penebar roti canai terkesima

Namun belum sempat doh itu disambut ia telah tersangkut pada wayar lampu yang berada di atap kedai makan berkenaan.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan si penebar roti canai terkesima sebelum tertawa. Malah si perakam turut ketawa dengan situasi yang tidak disengajakan itu.

Tidak mahu berlengah dan membuat pelanggan menunggu, lelaki itu kemudian membuat satu lagi roti canai baru.

Buat sekali lagi untuk tunjuk skill dekat pelanggan

Cubaan kali kedua menunjukkan doh roti canai berkenaan langsung tidak tersangkut pada wayar dan dia dapat mempamerkan kemahirannya.

Perkara itu membuatkan si perakam teruja dengan teknik yang ditunjukkan kerana tidak semua mampu melakukan perkara tersebut.

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terhibur dengan tindkaan lelaki berkenaan.

Malah ada yang sempat berseloroh dengan mengatakan jangan ada mana-mana pelanggan yang makan pula doh yang sudah tersangkut.

“Roti yang tersangkut itu jangan dimakan pula”

“Terpaksa tolak rugi RM1.50”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.