fbpx
Now Reading
Gelagat Pakcik Menyakat Si ‘Oyen’ Buat Ramai Terhibur [Video]

Gelagat Pakcik Menyakat Si ‘Oyen’ Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan lelaki berkenaan seperti dengan sengaja menyatakan ayam yang dikunyah sangat sedap ketika si kucing Oyen memerhatikannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang sentiasa menjadi pilihan ramai. Karakter yang manja dan wajah yang comel membuatkan ia sentiasa disayangi khususnya pencinta kucing.

Malah ada juga yang menganggap haiwan ini merupakan sebahagian daripada keluarga mereka. Oleh itu, kebajikannya dijaga dengan baik.

Bukan hanya itu, ragam mereka yang kadangkalanya nakal dan pandai bergurau dengan tuannya membuatkan hubungan mereka lebih akrab.

Tular video lelaki sakat Oyen ketika makan

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki yang menyakat haiwan peliharaannya sehingga mencuit hati ramai pengguna di TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Shamsul Rahman, awalnya dia sedang duduk di meja makan sambil menikmati nasi berlauk.

Dalam video tersebut turut dapat dilihat Shamsul juga telah ditemani seekor kucing berwarna oren atau lebih popular dengan panggilan ‘Oyen’.

Perhati tuan sedang makan

Kelihatan si Oye memerhati Shamsul yang sedang menikmati makanannya, melihat perkara itu lelaki berkenaan dengan sengaja menyakat kucing tersebut.

Malah dia turut memasukkan ayam ke dalam mulut secara perlahan-lahan dan mengunyahnya dengan penuh nikmat.

Lelaki sengaja menyakat dengan kunyah ayam dan cakap sedap

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan si Oyen terdiam sambil merenung Shamsul yang sedang mengunyah ayam tersebut.

“Oh ni daging ayam, hmm sedap daging ayam (sambil memasukkan ayam ke dalam mulut). Hmm sedapnya.

“Kunyah tu rasa ayam, Ya Allah sedap hmm,” kata Shamsul sambil diperhati Oyen.

Kelihatan muka Oyen seperti menginginkan ayam tersebut

Malah jelas dalam video Oyen turut melihat ke arah pinggan Shamsul seolah-olah menginginkan makanan itu juga.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkongsian video tersebut. Bukan hanya itu, ada juga berpendapat kucing tersebut memandang tuannya dengan perasaan geram kerana tidak memberikan sedikit ayam kepadanya.

Tidak kurang juga berpendapat si Oyen sangat comel dengan membuat muka simpatinya kerana tak diberikan ayam.

“Peh muka ada dendam”

“Oyen kena sabar ya Oyen”

“Berani pakcik buat begitu dengan Oyen. Pakcik kena berhati-hati lepas ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.