fbpx
Now Reading
“Guna Jelah Banyak Pula Komen”- Pelancong Asing Persoal Bentuk Bidet Paip Air Buat Ramai Geram [Video]

“Guna Jelah Banyak Pula Komen”- Pelancong Asing Persoal Bentuk Bidet Paip Air Buat Ramai Geram [Video]

Melihat di ruangan komen ramai mengatakan kepala bidet jenis picit mudah rosak dan perlu sentiasa diganti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali ke luar negara pasti anda akan menyedari tandas awam mereka adalah berbeza dengan Malaysia.

Di sana dan di kebanyakan negara maju mereka tidak mempunyai bidet paip air sebaliknya hanya menyediakan tisu sebagai alat untuk membersihkan kotoran pada alat sulit.

Bagi mereka yang sudah biasa menggunakan bidet, ini merupakan satu perkara yang kurang selesa dan menyebabkan mereka menyukai tandas awam di negara ini kerana lebih memudahkan selain lebih bersih.

Pelancong soal bidet di Malaysia tak mesra pengguna

Baru-baru ini, seorang pelancong dipercayai dari Indonesia telah meraih perhatian rakyat di negara ini selepas menyoal mengenai bentuk kepala bidet yang digunakan yang didakwa tak mesra pengguna.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @thesadewa di TikTok, lelaki tersebut yang dipercayai menginap di sebuah hotel di ibu negara telah menunjukkan bidet paip air yang berada di tandas biliknya.

“Satu kejutan budaya aku adalah ini (bidet paip air). Ini kenapa kamu tak gunakan yang itu (kepada bidet yang boleh picit),” katanya.

Hampir semua tandas di Malaysia mempunyai bentuk yang sama

Lelaki itu turut mengatakan hampir kesemua toilet di negara ini menggunakan bidet paip jenis yang sama.

Jelasnya penggunaan bidet paip yang jenis itu seperti tidak memudahkan kerana ia perlu diputar dahulu pada kepala paip untuk air keluar.

Manakala jika memakai kepala bidet yang picit ia lebih mudah kerana hanya perlu dipicit dan air akan terus keluar.

Ramai jelaskan kenapa tak guna bidet jenis picit

Perkongsian itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai khususnya rakyat Malaysia yang menjelaskan mengapa jenis bidet itu digunakan.

Ada yang berpendapat bidet seperti itu adalah lebih mudah di mana ia tidak mudah rosak. Berbeza dengan jenis kepala bidet picit ia akan mudah rosak dan perlu diganti selalu.

Segelintir ada menyifatkan ia adalah lebih baik daripada terpaksa menggunakan gayung kerana ia mungkin lebih menyusahkan.

Tidak kurang juga ada yang geram dengan persoalan pelancong tersebut kerana kebanyakan rakyat di negara ini selesa dengan perkara itu dan tidak menjadikannya sebagai satu masalah.

Menerusi carian kami, video ini telah dimuat naik pada 23 Mei lalu namun menjadi tular semula di media sosial.

“Kami guna tak ada masalah pun.. janji air keluar dengan deras”

“Dulu-dulu banyak yang guna picit tu. Tapi senang rosak. Bila rosak kena ganti selalu. Lama-lama tak pakai langsung.”

“Memanglah kau akan kejutan budaya sebab dekat sana pakai baldi dan cebok”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.