“Jangan Pergi Kalau Ada Mentaliti Low Class” – Wanita Kecewa Lihat Port OOTD Di Sekinchan Penuh Sampah [Video]

Kebanyakan negeri di Malaysia sering menjadi tumpuan pelancong sama ada dalam ataupun luar negara.

Selain daripada kepelbagaian budaya dan keunikan makanan, tempat menarik yang ada di negeri itu turut menjadi faktor dalam menarik kehadiran pelancong.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung seperti membuang sampah merata-rata boleh memberi dan menjejaskan imej sesebuah pusat pelancongan tersebut.

Kecewa Lepas Lihat Sampah Bertaburan

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @fizahusin_, dia meluahkan rasa kecewa apabila melihat tempat yang menjadi tumpuan pelancong dipenuhi dengan sampah.

Pada mulanya, kelihatan beberapa individu sedang mengambil gambar berlatar belakang sawah padi serta hiasan seperti menyambut hari jadi seseorang.

Namun selepas beberapa ketika, kelihatan sampah yang terdiri daripada plastik makanan serta kertas yang tertera ‘Happy Birthday’ ditemui di kawasan tersebut.

 “Jangan pergi tempat macam ini kalau korang ada mentaliti low class. Tempat ni memang cantik, ramai orang datang untuk ambil gambar.

“Tiba-tiba dia boleh datang ambil gambar dekat sini, nak celebrate birthday party and then bila dah habis celebrate semua, dia buang sampah merata-rata.

“Awak ingat ada orang yang akan datang ke untuk tolong bersihkan semua sampah-sampah yang awak buang ini.

“Sakit mata tahu bila tengok pemandangan dekat sini dah lawa tapi dicemari dengan sampah yang dibuat oleh tangan manusia,” kata Fiza menerusi video berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku di Pohon Durian Tunggal Sekinchan, Selangor yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar kerana pemandangannya yang cantik.

Titip Pesan Kepada Pengunjung

Pada akhir video berkenaan, Fiza sempat menitipkan pesanan kepada pengunjung agar menjaga tingkah laku dan tidak berkelakuan sama seperti individu dalam video berkenaan.

“Lain kali kalau pergi tempat orang, tolong bawa adab tu dulu okay?” katanya.

@fizahusin_

Kemain gambar nak lawa, lepastu tak ada sikap bertanggungjawab dengan semua sampah yang dah di buat, jangan sampai orang kampung buh pagar je dekat kawasan tu nanti, langsung semua tak boleh masuk. Nak masuk bergambar bayara dulu. Punya ramai kawan2 dia dekat situ tak ada sorang pun bawa ‘otak’. Semua bawa ‘sampah’. Useless jadi manusia kalau hal sekecil ‘buang sampah’ pun tak boleh fikir nak buang di tempat yang betul. Hmmm.

♬ original sound – Fiza.husin – Fiza.husin

Pengguna TikTok Turut Sama Kecewa & Luah Rasa Geram

Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.8 juta itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna TikTok turut sama seperti Fiza meluahkan rasa kecewa apabila melihat keadaan tersebut.

Malah, kebanyakannya turut rasa geram ekoran sikap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Mereka berpendapat individu terlibat seharusnya menyimpan sampah tersebut dan membuang di tempat sepatutnya.

Buang Sampah Ditempat Awam Boleh Didenda

Untuk info, membuang sampah merata-rata khususnya di tempat awam di Selangor boleh dikenakan denda RM1,000 dan kenderaan yang digunakan bagi membuang sampah akan disita.

Memetik laman web Dewan Negeri Selangor, bagi kesalahan yang dilakukan individu atau komersil, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengenakan kompaun serta merta di lokasi kejadian di bawah Undang-Undang Kecil Pungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap 2007.

Berikut merupakan komen pengguna TikTok:

“Betul Sakit Hati Tengok, Dah La Datang Tempat Kita Tak Minta Izin, Lepas Tu Tinggalkan Benda Tercemar”

“Tiada Tong Sampah Bukan Bermakna Boleh Buang Merata Atau Kumpul Dengan Harapan Ada Orang Kutip Atau Bakar”

“Yang Jalan Pergi Tempat Macam Tu, Tolong Bawa Plastik Sampah & Buang Tempat Sepatutnya”

“Tak Fahamlah Kenapa Tak Reti Nak Simpan Sampah Tu, Bawa Balik Sampai Jumpa Tong Sampah”

“Aku Dah Biasa Pergi Tempat Macam Ini Sendiri Bawa Beg Plastik, Kadang Bukan Untuk Diri Sendiri”

Baca Artikel Berkaitan: Sikap Individu Selamba Buang Sampah Keluar Tingkap Kereta Toyota Vios Raih Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Kedai Tendang Warga Asing Gara-Gara Buang Sampah Merata [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “B*d*h Takda Sivik” – Wanita Kesal, Cermin Kereta Pecah Angkara Individu Buang Sampah Dari Atas Rumah Flat [Video]

Recent Posts

  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

3 hours ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

4 hours ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

5 hours ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Berdosa Isteri Tak Mahu Pakai Niqab Yang Dibeli Suami – UAI [Video]

Ustaz Azhar Idrus bagaimanapun berkata, golongan wanita yang tidak berniqab haruslah tidak bertabarruj pada wajahnya.

7 hours ago