fbpx

Van Ubah Lorong Secara Mengejut Ketika Lampu Isyarat Merah Sebelum Langgar Motosikal [Video]

Menerusi video, dipercayai insiden tersebut berlaku pada 29 Jun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pengguna jalan raya pasti tahu fungsi setiap warna lampu isyarat lalu lintas seperti merah tanda berhenti, kuning sedia untuk berhenti dan hijau pula kenderaan boleh mula berjalan.

Sebagai pengguna kita perlulah sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan untuk keselamatan semua pengguna jalan raya lain.

Tular video di X kemalangan antara van dan motosikal

Baru-baru ini, tular satu video di laman X, memaparkan kemalangan antara sebuah kenderaan jenis van dan motosikal di sebuah lampu isyarat merah.

Menerusi video dashcam dari sebuah kenderaan yang berada di lorong tengah, awalnya kelihatan van berwarna putih itu berada di lorong kanan.

Tiba-tiba tukar lorong dan langgar penunggang motosikal yang sedang berhenti

Namun sebaik ia menghampiri lampu isyarat merah, van terbabit dilihat secara tiba-tiba melencong ke lorong tengah diikuti lorong kiri sebelum bertindak melanggar sebuah motosikal yang sedang berhenti di belakang garisan lampu isyarat.

Keadaan itu telah menyebabkan motosikal terseret ke depan manakala penunggangnya tercampak di atas jalan raya.

Segera keluar beri bantuan kepada mangsa

Sebaik menyedari perkara itu, van tersebut dilihat segera berhenti di bahu jalan. Pemandu dan penumpang van terbabit segera keluar dari kenderaan untuk menolong mangsa.

Turut kelihatan beberapa kenderaan lain juga berhenti untuk memberikan bantuan kepada penunggang motosikal berkenaan.

Menerusi dashcam, insiden itu dipercaya berlaku pada 29 Jun lalu sekitar jam 4.01 petang.

Mungkin van alami masalah

Melihat di ruangan komen, ada yang berpendapat mungkin van tersebut mengalami masalah seperti tayar meletup dan sebagainya menyebabkan ia mengubah lorong secara mengejut.

Malah ada juga berpendapat mungkin kenderaan tersebut mengalami masalah brek, atau pemandunya sakit.

Namun tidak kurang juga ada yang berpendapat van terbabit sepatutnya melanggar benda lain seperti pokok, tiang dan sebagainya daripada melanggar motosikal berkenaan.

Selain itu, struktur jalan raya turut menjadi persoalan orang ramai yang menonton video tersebut.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa.

“Langgar jelah pokok, langgar orang buat apa”

“Masalah brek atau dia ralit main telefon ni. Tahu-tahu mengelupur”

“Aku triggered dengan struktur jalan tampal sana sini”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.